Memurnikan Penghayatan Tatanegara

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
TYT Yang Dipertua Negeri Sabah: adakah hanya satu simbolik atau ianya sebuah institusi yang memegang mandat lebih besar? Inilah antara persoalan yang dikupas semasa Majlis Bicara Sejarah anjuran bersama Arkib Negara Malaysia (Cawangan Sabah) dan Universiti Malaysia Sabah.

28 November 2008 [8.30am], Galeri, Bangunan Canselori: Tiga orang tokoh dalam pelbagai bidang telah membicarakan tentang peranan dan fungsi institusi TYT Yang Dipertua Negeri Sabah dalam konteks pentadbiran, perlembagaan, perundangan dan nilai-nilai kedaulatan negeri. Tokoh-tokoh tersebut adalah: Prof. Dr. Sabihah Osman, seorang pakar sejarah Sabah; serta Tan Sri Datuk Seri Panglima Simon Sipaun dan Datuk K. Y. Mustafa, yang kedua-duanya merupakan mantan pegawai kanan dalam pentadbiran Negeri Sabah.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Dr. Ramzah, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi), Sekolah Sains Sosial telah mempengerusikan majlis wacana tersebut.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Prof. Dr. Sanudin Hj Tahir (Timbalan Naib Canselor, Akademik & Pengantarabangsaan), mewakili Yang Berbahagia Datuk Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah. Turut hadir dalam acara wacana ini adalah Dr. Hajah Samsiah Muhammad (Timbalan Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia) dan Pn. Roseline Mapong Sabai (Pengarah Arkib Negara Malaysia, Cawangan Sabah). Programa diskusi intelek ini telah dimeriahkan dengan kehadiran ketua-ketua jabatan kerajaan di sekitar Kota Kinabalu, institusi-institusi perguruan dan kolej, serta kalangan warga akademik dan pelajar pascasiswazah Universiti Malaysia Sabah sendiri.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Tetamu kehormat bergambar kenangan bersama tokoh-tokoh pembicara dan pengerusi Majlis Bicara Sejarah: Pn. Roseline Mapong Sabai, Prof. Dr. Sabihah Osman, Tan Sri Datuk Seri Panglima Simon Sipaun, Prof. Dr. Sanudin Hj. Tahir, Dr. Hajah Samsiah Muhammad, Datuk K.Y Mustafa dan Dr. Ramzah Dambul.

2 Responses to Memurnikan Penghayatan Tatanegara

  1. asmady says:

    well done

  2. stanjohnsuab says:

    tahniah ss dan semua yang terlibat kerana telah berjaya menganjurkan bicara institusi TYT.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: