Patriotisme Masyarakat Rungus

January 31, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

8hb Januari 2009 (6.00pm, Librari Negeri Sabah, Kota Kinabalu): Seminar Bersiri Koisaan anjuran KDCA (Kadazandusun Cultural Association) adalah usaha mengetengahkan wacana ilmiah bagi isu-isu pribumi Sabah, khususnya yang bersabit dengan konteks masyarakat Kadazandusun. Siri pertama telah dijayakan oleh Paul Porodong, tenaga akademik Program Sosiologi & Antropologi Sosial (SSS). Beliau mengupas kertaskerja bertajuk “Sampang Mangazou dan Patriotisme Masyarakat Rungus”.

Paul Porodong menggabungkan sorotan aspek sejarah dan manifestasi sosio-budaya tempatan di lokasi ikonik Simpang Mangayau Sampang Mangazou sebagai asas untuk menghujahkan Read the rest of this entry »


Literary Criticism?

January 29, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

28hb Januari 2009 (2.00pm, Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3, SSS): Seminar SSS diteruskan dengan kehadiran seorang pembicara jemputan dari Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Mohd Azhari Karim. Beliau juga merupakan calon PhD di SSS dan kini dalam fasa akhir sebelum diijazahkan, di bawah seliaan Prof. Dr. Sabihah Osman. Seminar yang diusahakan oleh Program Hubungan Antarabangsa ini telah mengupas sebuah tajuk politik yang amat kontemporari: Analysing Malaysian Foreign Policy: Literature Review or Literary Criticism? Ini bukan pertama kali beliau berkongsi wacana di SSS. Beliau turut membentangkan sebuah kertaskerja pada Julai 2008.


Kembara di Kuala Seguntur

January 26, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Jelajah bot di sekitar Teluk Utara dan Kuala Sungai Seguntur, iaitu domain utama penyelidikan

20-25hb Januari 2009 (Sandakan): Satu rombongan penyelidikan EIA telah berkunjung ke koridor timur Sabah baru-baru ini, yang terdiri daripada: Dr. Ramzah Dambul (Ketua Projek), Dr. Mohammad Tahir Mapa (Penyelidik Komponen Gunatanah), serta Madihah Jaffar Sidik dan Audrey Daning Tuzan (Penyelidik Komponen Marin & Perikanan). Turut serta dalam kerjalapangan ini adalah sepuluh orang enumerator Read the rest of this entry »


Retreat Sekolah 2008: Bengkel MQA

January 26, 2009

16-18hb Januari 2009 (RasaRia Resort, Tuaran): Satu retreat diadakan dan telah dihadiri oleh hampir seluruh tenaga akademik Sekolah Sains Sosial. Retreat ini khusus membincangkan secara terperinci (seterusnya menggubal dokumentasi formal) keperluan-keperluan bagi melaksanakan ‘konsep MQA’ dalam kurikulum akademik sekolah. Retreat ini dijayakan di bawah portfolio Dr. Mohammad Tahir Mapa, Timbalan Dekan Akademik dan Hal-Ehwal Pelajar.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Di samping membincangkan hal-ehwal rasmi, inisiatif juga Read the rest of this entry »


Mencanai konsep “Utilitarian Alam Sekitar”?

January 26, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

14hb Januari 2009 (2.30pm, Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3, SSS): Seminar Berkala SSS diteruskan dengan pembentangan oleh Pn. Jurry Foo, iaitu Ketua Program Geografi yang baharu. Beliau mengupas sebuah kertaskerja yang menarik, berjudul “Persekitaran Sebagai Ruang Pembelajaran dan Pengajaran Geografi di Luar Bandar: Satu Tinjauan Awal Terhadap Usaha Awal Utilitarian Alam Sekitar”.


Permulaan Baharu…

January 26, 2009

14hb Januari 2009 (8.30am, Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3, SSS): Mesyuarat Sekolah Sains Sosial Bil 1/2009 dimulakan pada minggu kedua tahun 2009. Buat pertama kali, mesyuarat telah mengusulkan struktur baru bagi susunan agenda, terutama aspek pembentangan laporan. Ia adalah perubahan bentuk laporan daripada bersifat “sektoral” kepada format baharu yang lebih menekankan “isu dan perkara”.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Semasa mesyuarat, Dekan juga telah mengumumkan penambahan dua kakitangan sokongan serta memperkenalkan beberapa peralihan baharu dalam struktur pentadbiran sekolah. Jawatan-jawatan yang bertukar ialah Read the rest of this entry »


Seminar Khas Penulisan Etnik Sabah

January 26, 2009

12hb Januari 2009 (9.30am, Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3, SSS): Projek Penulisan Buku Etnik Sabah adalah satu projek usahasama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris, yang telah berlangsung sejak pertengahan 2008. Kini projek ini berada pada fasa akhir penulisan. Seminar sehari peringkat internal diadakan baru-baru ini untuk memperhalusi penulisan yang telah dibuat. Ia akan disusuli dengan seminar eksternal (melibatkan jemputan luar) pada pertengahan Februari.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Dalam seminar khas tersebut Read the rest of this entry »