EKPEDISI PELAYARAN PERAHU BARANGAYAN (OUTRIGGER) DI PERAIRAN NEGERI SABAH

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Tinjauan di tempat pembinaan perahu

2-3 Januari, Pulau Bum-Bum, Semporna: Satu tinjauan awal dibuat di tapak pembinaan perahu yang diketua oleh P.M Dr Ismail Ali (ketua pelayaran) dan En. Mosli Tarsat dari program sejarah SSS di Pulau Bum-Bum, Sabah. Tinjauan bertujuan untuk mempastikan proses perkembangan pembinaan perahu berjalan dengan lancar seperti mana yang telah ditetapkan. Pembinaan ini dijangka siap sepenuhnya pada bulan Mac dan akan dilayarkan pada bulan April sempana pesta reggatta di Semporna bergantung kepada perubahan semasa.

Sebagai pembuka bicara secara umum, sejarah pembudayaan kapal bercadik ini sudah wujud sebelum kurun ke-15 lagi iaitu semasa era kerajaan Majapahit dan srivijaya di nusantara. Namun masyarakat maritim mengunakan pelbagai gelaran yang berbeza-beza seperti jukung, londe, sundeq, pinisi, kora-kora, boggo’, dan lain-lain termasuklah barangayan. Perahu ini digunakan sebagai alat pengangkutan laut dalam merentasi laut samudara untuk tujuan aktiviti ekonomi dan perdagangan di nusantara. Lantaran itu, matlamat sebenar ekpedisi pelayaran ini adalah mahu membuktikan sejauhmanakah kekuatan kapal barangayan (kapal tradisional) dalam menyelusuri perairan negeri Sabah pada masa kini. Adakah pelayaran mereka ini berjaya? Kita tunggu perkembangannya dari semasa ke semasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: