Retreat Sekolah 2008: Bengkel MQA

16-18hb Januari 2009 (RasaRia Resort, Tuaran): Satu retreat diadakan dan telah dihadiri oleh hampir seluruh tenaga akademik Sekolah Sains Sosial. Retreat ini khusus membincangkan secara terperinci (seterusnya menggubal dokumentasi formal) keperluan-keperluan bagi melaksanakan ‘konsep MQA’ dalam kurikulum akademik sekolah. Retreat ini dijayakan di bawah portfolio Dr. Mohammad Tahir Mapa, Timbalan Dekan Akademik dan Hal-Ehwal Pelajar.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Di samping membincangkan hal-ehwal rasmi, inisiatif juga telah diambil untuk mengukuhkan hubungan dalam kalangan kakitangan sekolah, termasuk tenaga akademik dan sokongan. Justeru, inisiatif telah diambil oleh sekretariat bengkel untuk mengadakan acara santai pada waktu senggang, iaitu nyanyian karaoke. Dekan turut menyumbangkan sebuah lagu cinta berjudul ‘Dia’. Bagi pertandingan nyanyian karaoke antara Program, johan dimenangi oleh Ketua Program Sejarah, Md. Saffie Abd Rahim — dengan sebuah lagu gelek yang menghiburkan. Fauzie Sarjono (Hubungan Industri) dan Wan Shawaluddin Wan Hassan (Hubungan Antarabangsa) masing-masing menggondol gelaran Naib Juara dan Tempat Ke-3.

Pertandingan telah dihakimi oleh Prof. Madya Dr. Rosazman Hussin (Juara Pertandingan Karaoke Pertama SSS — Retreat 2001) dan Pn. Harifah Mohd Noor (Program Geografi). Pertandingan turut dihangatkan lagi dengan ulasan-ulasan ‘bikin panas’ oleh juri professional, iaitu Dr. Mohammad Tahir Mapa.

4 Responses to Retreat Sekolah 2008: Bengkel MQA

  1. Latif says:

    Salam sdra moderator….sekadar pembetulan, actually yg dpt no 3 karaoke retreat hari tu ialah sdra wan shawaludin wan hassan-hub. a’bangsa, dgn lagu ‘haryati’… tq.

  2. Rem says:

    Alamak… silap!🙂

  3. jie says:

    Retreat sudah berlalu, so, mcmmn dengan perkembangan SLT & Matrix saudara dan saudari sekalian???

  4. cahh says:

    bior le..en wan ngan en fauzi pandai nyanyi….nanti boleh la masuk akademi fantasia….alamak umur menghalang…..otai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: