Figures Speak Louder!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Perbandingan indeks persepsi pelajar bagi empat semestar berlainan terhadap beberapa aspek fasiliti pengajaran dan pembelajaran: penggunaan alat-bantu mengajar, keselesaan kelas, kemudahan rujukan dan kelengkapan pembelajaran. Klik rajah untuk paparan optima.

Maklumbalas kursus pada setiap semester (yang juga merupakan keperluan wajib di bawah piawaian kualiti ISO) bertujuan menilai persepsi pelajar terhadap elemen-elemen utama dalam ‘pengajaran dan pembelajaran’. Proses ini penting sebagai salah satu mekanisme peningkatan prestasi. Melalui maklumbalas ini, aspek-aspek yang bermasalah (mendapat skor rendah) boleh dikenalpasti, seterusnya strategi-strategi penambahbaikan boleh diusahakan.

Bagaimanakah Sekolah Sains Sosial bertindakbalas terhadap hasil analisis maklumbalas kursus? En. Paul Porodong, salah seorang ahli yang menyelaraskan proses piawaian kualiti (ISO) bagi aspek kurikulum akademik UMS, baru-baru ini membentangkan perbandingan dapatan analisis ini bagi SSS untuk empat semester berturutan di KAL, UMS: Sem II 06/07, Sem I 07/08, Sem II 07/08 dan paling terbaru Sem I 08/09. Kata beliau lagi: “Figures speak louder!” Untuk analisis penuh, sila klik sini.

2 Responses to Figures Speak Louder!

  1. Paul says:

    Tahniah untuk semua.

    Saya berpendapat, perubahan dramatik yang berlaku dalam dua semester yang terakhir berlaku kerana tindakan ‘nekad’ SSS untuk memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk membeli LCD projector. Alat bantu ini telah memberikan kesan bukan sahaja untuk komponen penggunaan alat bantu mengajar, tetapi juga keatas minat dan kejelasan penyampaian kuliah. Mungkin ada juga kesan ‘feel good’ ke atas komponen lain.

    Apapun, kita tertunggu-tunggu maklumbalasa pelajar untuk Sem 2, 08/09. Saya bagaimanapun mohon kepada pelajar (yang membaca Buletin ini) supaya terus memberikan penilaian yang objektif. Tidak ada gunanya maklumbalas itu jika hanya bertujuan suka-suka.

    Last but not least, saya hanya memaklumkan bahawa sistem maklumbalas online kita belum bersedia. Oleh itu saya ISYTIHARKAN bahawa maklumbalas pada Semester 2, 08/09 adalah SECARA MANUAL – pen and paper!

  2. Haziqah Nasirah says:

    Saya sebagai pelajar berpendapat bahawa kata-kata Mr Paul tentang LCD projector ada kebenarannya.. Namun, aspek Keselesaan Tempat Belajar menunjukkan unjuran paling rendah.. Bagi saya, bilik kuliah masih boleh dianggap selesa, tetapi bila menyentuh tentang bilik-bilik tutorial, agak merimaskan kerana terlalu padat pada sesuatu ketika.

    Bolehkah tutorial-tutorial pada masa akan datang memanfaatkan kawasan-kawasan menarik yang terdapat di sekitar SSS? Dengan kata lain, tutorial dibuat di luar bilik tutorial yang sedia ada. Persekitaran turut membantu perkembangan minda..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: