Kg Luanti Baru: dalam utilitarian biosfera….

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
SECALIT KENANGAN DARIPADA KUMPULAN KHIDMAT KOMUNITI DAN KERJA LAPANGAN BIOGEOGRAFI

13-15hb Februari (Kg. Luanti, Ranau): Aku mengejar bukan nama, aku mencari bukan cinta, aku mengidamkan sebuah dunia yang sentiasa indah, dunia yang mampu memanjakan aku dan menyelimutiku dengan ‘sejahtera’.

Pelajar Program Geografi dengan kerjasama HEP dan PERMASES telah Berjaya menjalankan khidmat komuniti dan kerja lapangan bagi kursus Biogeografi (di bawah seliaan Pn. Jurry Foo) di sebuah kampung yang pernah mendapat pengiktirafan sebagai pemenang RIVER CARE AWARD 2006 kerana berjaya mengurusk sungainya dengan mapan. Kampug Luanti Baru telah meniti di bibir masyarakat sebagai sebuah petempatan yang berjaya sebagai pusat pelancongan, hasil PENYERTAAN penduduk tempatan. Ia juga terkenal sebagai syurga buah-buahan, terutama semasa musim buah di Sabah.

Pelajar telah mengadakan penghayatan alam sekitar, ceramah tentang sistem pengurusan sungai ‘SISTEM TAGAL’ daripada BAPA TAGAL Malaysia, En. Jeffrin Majangki. Malah, para pelajar telah diberi kesempatan merasai URUTAN IKAN di SPA semulajadi di Sungai Moroli. Sebagai kerja lapangan, pelajar dibahagi kepada tiga kumpulan besar yang menumpukan perhatian kepada pengecaman tumbuhan, persepsi masyarakat terhadap penjagaan alam yang dijalankan di kampung tersebut dan mengkaji pengetahuan tradisi penduduk terhadap pengurusan persekitaran.

Program ini dilaksanakan bukan sahaja sebagai satu cara penjanaan ilmu, tetapi juga sebagai satu arena memupuk kemahiran insaniah di kalangan pelajar dalam berorganisasi, berkomunikasi, kreatif, dan seumpamanya. Manakala kemahiran keusahawanan lebih banyak diterap melalui pameran akademik yang diadakan dengan melibatkan pelajar Tingkatan Enam daripada Sekolah Menengan Lohan, Ranau.

Program Geografi akan terus memperjuangkan ilmu alam sekitar dan sains ruang demi kelestarian alam, penjanaan dan perkongsian ilmu antara masyarakat dan IPTA dan melahirkan ‘manusia’ yang betul-betul ‘manusia’. Terima kasih IBTP, UMS, World Wildlife Fund (WWF), PALAPES, HEP dan SSS yang membekalkan bahan bacaan dan edaran dan sokongan kepada kumpulan ini.

18 Responses to Kg Luanti Baru: dalam utilitarian biosfera….

  1. K. Mazalan Bin Elis says:

    Trima kasih buat puan Jurry bb masakkan
    kami mkkn kg org dusun,sdp taw……..

  2. masita@mas says:

    tq for puan jury di atas sokongan dan dorongan yg diberikan kpd kami semua sepanjang program ini berlangsung…..

  3. masita@mas says:

    tak lupa jgk kpd semua kawan2 di ats kerjasama yg diberikan…..tq a lot…

  4. siti emeliaYahaya says:

    Thanks pada puan jurry coz bg kmi p’ngalaman baru y tak dpt kmi semua lupakn…dn thanks pd kwn2 smua y best mcm corang.

  5. Amisah@misa says:

    Tima kasih bnyk2 kpd puan Jurry sbb bawa kmi p Kg Luanti utk wat keja lpngn n khdmat komuniti..bnyk pglman yg kmi dpt..tima kasi jg kpd kwn2..gembira brsama korg smua..

  6. jurry says:

    ok bah….belajar rajin2

  7. didi says:

    sory banar tau

    baru dapat online nie

    sa ok ja hahahahaha

    cuma lapar lagik nie..

    nda suka d gigit ikan tue

    geli I

  8. Arison Balingi says:

    TQ kpd puan jurry kerana bawa anggota semua p sana klu x x dapat p sana laaa…ada juga maa dapat cerita2 d sana pglamn katakan…he,,,tma ksh juga kumaa kwn2 kerana semuanya mmg aramai tiiii,,,tq juga masakkkan nga aiso maa di bosou hhehehehe…tq kpd pn jurry n nkwn2 semua ,,,kmu semua mmg geng yang orait nopo sentiasa,,,,huuuuu aramaii tiii 09

  9. Arison Balingi says:

    Mau p Mana lagi aaa??

  10. joks says:

    asalamlk…ari ni baru bukak email..sorilah lambt ckit nie..besk gk perg kampg luanti ni, dapat tengk ikan yang tak pandai takut sama orng..seumur hidup inilah pertama kali dapat bercium dengn ikan dalam air (jagn salah faham), terima kasih bnyk2 sama puan jurry sbb bawa kitaorg perg sana, jgk kepada rakn2 yang sama2 bersusah payah mguruskan aktiviti d sana..tima kasih sekali lagi kepada puan jurry sebab sudi masak tuhau untuk kami…tapi lupa nak tapau tahau hari 2..bah, panjang sudah ni.. wassalam

  11. nor says:

    salam…first,thanks kat puan jurry coz kenalkan kat ktorg kg luanti yang sangat unit dengan sist tagal. di samping buat keje lpngan banyak pengalaman dan pengetahuan baru yg kitorg dapat. buat kwn2,tahniah coz mampu jayakan keje lpngan kt. kngn kt bersama amat bermakna dan akan menjadi memori y indah untuk kt semua…blja rajin2 n gud luck!!!!

  12. eric says:

    hi puan jurry…..
    it was a wonderful experience… i cannot forget this field-trip especially the massaging fish spa…
    thank you for bringing us there puan.

  13. SITI says:

    Salam…the best conservation at sg. moroli kg Luanti, when we happy with the best thing that we like something like beautiful river but in Malaysia today “278 sedikit tercemar dan 108 tercemar” we can count the number of rivers in polluted/useless large than safety n clean rivers…so what can we do as geografi student…??because mankind in this world just only want to see the beautiful…how can we do to beautify ours rivers???

  14. Marja says:

    Syabas untuk Puan Jurry dan Mahasiswa program Geografi yang mengambil kursus Biogeografi. Sesungguhnya kalam ilmu itu sungguh luas dan pembelajaran dan pengajaran bukan saja terhad dalam bilik kuliah dan tutorial. As a social scientist, “the whole world is our laboratory” therefore,open up our mind, expand our horizon because the sky is no longer the limit!

  15. jurry says:

    tq Puan Marja…ini semua tunjuk ajar pensyarah senior macam Kak Ja juga

  16. jumie says:

    wahh bestnya adik-adik geografi…nak juga rasanya buat filwork yang sehati sejiwa ni…..
    mang best lau macam tu….

  17. Anonymous says:

    qwdewd

  18. Anonymous says:

    Salam, tumpang tanya. bagaimana kami mahu buat aktiviti sukarelawan di kampung luanti ini? dengan siapa boleh kami hubungi?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: