Terapi Minda

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

22 Februari 2009 (Sekitar Kota Kinabalu): Sekumpulan warga SSS yang terdiri daripada: En. Yusten (Driver), En. Stanley (Navigator), En. Fauzi (Passenger 1) dan En. Azizan (Passenger 2) telah menyertai DBKK Treasure Hunt 2009. Acara tahunan tersebut merupakan aktiviti yang tersenarai dalam kalendar pelancongan Sabah, yang diadakan bersempena dengan sambutan hari Bandaraya Kota Kinabalu yang ke-9 pada tahun ini. Acara tersebut dianjurkan bersama oleh Sabah Tourism Board dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu bertujuan untuk memperkenalkan lagi tempat-tempat yang menjadi daya tarikan pelancongan di negeri Sabah.

Dalam acara Treasure Hunt tersebut, para peserta dikehendaki menyelesaikan pelbagai tugasan, dan juga diminta untuk memberi jawapan kepada teka-teki yang memerlukan kreativiti pemikiran. Antara lokasi yang terlibat ialah: Mari-mari di Kionsom, Bandar KK, Terminal 2, Zoo Lok Kawi, KDCA, Tugu Memorial Petagas dan Tugu Double Six. Jarak perjalanan yang ditempuhi oleh kumpulan SSS ini bagi melengkapkan perlumbaan merentasi masa tersebut adalah lebih kurang 120 kilometer. Manakala masa yang telah diambil tanpa berehat bagi pasukan SSS melengkapkan tugasan dan teka-teki mereka adalah sekitar 6 jam, kurang 30 minit daripada masa penalti yang diperuntukkan.

Hadiah yang ditawarkan pada tahun ini sangat lumayan di mana tempat pertama akan membawa pulang RM5 ribu, disertai hadiah sampingan seperti buffet dinner, penginapan, vaucher, etc. Manakala tempat kedua menerima RM3 ribu, dan tempat ketiga pula menerima RM2 ribu, kedua-duanya turut disertakan hadiah-hadiah sampingan. Selain itu, tempat ke-4 sehingga tempat ke-19 mendapat hadiah RM500 berserta hadiah-hadiah sampingan seperti set makan malam atau tengah hari, barbekeu, penginapan di Lembah Danum, Kinabalu Pine park, penginapan di pulau, dan pelbagai hamper. Sungguhpun tidak memenangi sebarang tempat dan amat kepenatan, kumpulan SSS tetap gembira. Keseronokan bereksplorasi bersama adalah lebih penting. Semua ahli pasukan menyatakan bahawa mereka ’win the friendship’.

Kemungkinan juga acara tahun hadapan akan disertai oleh beberapa kumpulan dari SSS dengan strategi baru yang akan mereka susun. Semoga berjumpa lagi tahun hadapan di 2010 KK Treasure Hunt.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: