Perkongsian Fikrah

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

24hb Februari (9am, Bilik Mesyuarat CeRGIS, Aras 1): Rombongan dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah berkunjung ke SSS untuk mendapatkan maklumat dan gambaran tentang sistem dan organisasi sekolah. UTHOM sedang dalam rangka untuk menubuhkan sebuah fakulti khas yang menjurus kepada bidang non-kejuruteraan, dan lebih bersifat kemanusiaan.

Diketuai oleh Dr. Hussain Othman (Pengarah, Pusat Islam, UTHOM) – rombongan seramai 4 orang ini telah berdiskusi dengan wakil-wakil SSS tentang beberapa perkara berkaitan dengan keperluan dan cabaran penubuhan sesebuah fakulti. Diskusi tersebut (yang dipengerusikan oleh Dr. Mohammad Tahir Mapa, Timbalan Dekan HEPA) banyak terjurus kepada perspektif dan pengalaman SSS sendiri pada awal penubuhannya.

Menerusi kunjungan ini, kedua-dua pihak juga telah berpeluang untuk saling berkongsi beberapa tips berkaitan penyelidikan, pengajaran dan pentadbiran – berdasarkan pengalaman masing-masing. Turut dibincangkan ialah potensi kolaborasi dalam beberapa aspek akademik pada masa-masa akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: