Karnival Sukan Pantai di Sabandar

March 31, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Sebuah lagi Program Khidmat Komuniti yang dibawakan oleh Kelab Geografi (PERMASES) untuk membina hubungan dalam kalangan masyarakat setempat dan institusi ilmu tersohor Negeri Sabah — UMS

27-29hb Mac 2009 (Kg. Sabandar, Tuaran): Sekumpulan 29 mahasiswa Program Geografi telah mengadakan projek khidmat komuniti (dan outreach programme) di sebuah perkampungan nelayan di daerah Tuaran, iaitu Kg. Sabandar. Aktiviti ini juga bersempena dengan kerjalapangan kursus Pengurusan Pinggir Pantai di bawah seliaan Dr. Ramzah Dambul. Antara aktiviti yang berlangsung termasuklah: Read the rest of this entry »

Advertisements

Maulidur Rasul 2009

March 31, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Sebelum perarakan bermula di depan Masjid UMS, berseri-seri dengan semangat merah menyala!

27hb Mac 2009 (8am), Masjid UMS ke Dewan Canselor: Kontijen Sekolah Sains Sosial meneruskan tradisi dengan menyertai majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat UMS. Kali ini, dengan pakaian sedondon merah padma. Perarakan ini bukan sekadar satu perjalanan lahiriah. Ia adalah satu simbol ikatan yang lebih bermakna. Ia menyatukan staf SSS, daripada pelbagai kedudukan, latar agama dan budaya. Sdra. Fazli Abdul Hamid Read the rest of this entry »


Sejarah Bakal Tercipta

March 30, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Buat julung-julung kali, tenaga akademik UMS (di bawah seliaan Sekolah Sains Sosial) akan mendokumentasikan secara formal penulisan tentang 15 etnik pribumi Sabah menerusi Siri Penerbitan Buku Etnik Malaysia

25hb Mac 2009 (9am-5pm), Bilik Mesyuarat Utama (Aras 1, SSS): Projek Penulisan Buku Etnik Sabah kini sedang menuju fasa akhir. Satu seminar diadakan bagi memperhalusi dan memurnikan hasil penulisan projek ini, yang diketuai oleh Prof. Dr. Sabihah Osman. Penyeldikan yang diusahakan sejak Ogos 2008 ini merupakan satu kolaborasi dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris, menerusi kerjasama dengan Prof. Datuk Dr. Zainal Kling (pemegang Kursi Tun Abdul Ghaffar Baba).

Projek ini istimewa Read the rest of this entry »


Bengkel Latihan Industri & Dialog ALUMNI

March 28, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Prof. Madya Dr. Balakrishnan Parasuraman dan En. Mahadirin Ahmad

Bengkel Latihan Industri & Dialog Bersama ALUMNI SSS

Tarikh: 14 April 2009
Masa: 7am – 6pm
Tempat: Auditorium Perpustakaan & Sekolah Sains Sosial (UMS)


Promosi Semasa SSS

March 24, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
“Everyone has their own dream. People who don’t dream or do not have dreams are crazy.” Latif Lai (Scotland)

Abdul Latif Lai, seorang kakitangan akademik SSS yang sedang sejuk dan kesunyian memulakan perjuangan di utara jauh — Stirling (Scotland) — menjemput anda semua berkongsi cetusan rasa dalam Blog MySpectacles. Sila klik ikon di atas atau klik sini Read the rest of this entry »


Lawatan ilmu ke Kampung Unggun Jaya, Menggatal

March 24, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

13hb Mac 2009 (Kg. Unggun Jaya, Menggatal): Ramai yang tidak mengetahui bahawa di bandar Kota Kinabalu yang sedang menerima anjakkan pembangunan, terdapatnya satu komuniti kampung yang masih berpaut dalam keadaan kesederhanaan untuk sama-sama mengikuti laluan modenisasi. Kampung Unggun Jaya terletak di Kota Kinabalu, Hanya beberapa kilometer dari Pusat Kota Kinabalu Industrial Estate (KKIP) adalah komuniti kampung yang dimaksudkan. Di hambat oleh berbagai-bagai anasir pemodenan, komuniti ini perlu terus bertahan dalam mengekalkan kualiti hidup mereka dan di situlah perlunya KEMAS.

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau KEMAS yang bernaung di bawah Read the rest of this entry »


Retreat CeRGIS di Rasa Ria Beach Resort

March 24, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

13-15hb Mac 2009 (Rasa Ria Beach Resort): Sebagai follow-up kepada mesyuarat pada Februari 2009, CeRGIS mengorak langkah lebih cergas dengan mengadakan retreat halatuju penyelidikan di bawah pimpinan En. Mustapa Abd Talip. Kesungguhan untuk memartabatkan CeRGIS sebagai sebuah pusat kecemerlangan penyelidikan di UMS begitu terserlah kerana retreat ini turut dihadiri beberapa pakar jemputan: dari USM, UTM, Jabatan Perikanan dan Yayasan Sabah. Pengisian retreat termasuklah diskusi, pembentangan cadangan penyelidikan serta penggubalan resolusi dan halatuju kumpulan penyelidik CeRGIS.