Kembara Ilmu ke Papar

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

6hb Februari 2009 (Papar): Pembangunan luar bandar semakin menjadi agenda penting kerajaan dalam memacu pembangunan negara. Kawasan luar bandar yang pada masa dahulu kurang mendapat perhatian kini telah mula digembleng bagi meningkatkan produktivitinya untuk memenuhi keperluan pembangunan semasa, tidak kiralah program pembangunan yang direncanakan oleh pihak kerajaan itu berbentuk pembangunan ekonomi atau sosial.

Menyedari kepentingan terhadap aspek pembangunan luar bandar tersebut. Pelajar-pelajar program Sosiologi dan Antropologi Tahun tiga, Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah yang mengambil kursus teras program Pembangunan dan Perubahan Sosial di bawah kendalian En. Roslee Abbas telah mengadakan lawatan sambil belajar ke kawasan pembangunan luar bandar atau lebih tepatnya ke kawasan pembangunan komuniti yang dikedalikan oleh agensi-agensi kerajaan seperti Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KEMAS, FAMA dan sebagainya. Tujuan lawatan tersebut antara lain bermatlamat untuk mendedahkan pelajar mengenai program pembangunan luar bandar disamping mengasah minda pelajar melalui pemerhatian semasa lawatan untuk digunakan sebagai ilmu tambahan yang tidak boleh didapati melalui pengkuliahan semata-mata.

Oleh yang demikian, lawatan sambil belajar ini telah diadakan pada hari Jumaat (6 Febuari 2009). Lawatan bertempat di daerah Papar dan melihat kawasan perusahaan gerakan desa wawasan (GDW) yang dijalankan oleh komuniti kampung. Rombongan pelajar telah menaiki bas dari UMS dan bertolak ke Papar kira-kira jam 7.35 pagi meskipun cuaca pada hari tersebut hujan. Kawasan pertama yang di lawat adalah di Kampung Berundung. Pelajar telah tiba di kampung Berundung pada jam 10.15 pagi dan disambut mesra oleh sebahagian komuniti kampung serta En. Jeffri Mohd. Naim yang merupakan pegawai dari FAMA. Untuk pengetahuan, Gerakan Desa Wawasan (GDW) kampung Berundung mengusahakan perusahaan kuih tradisional iaitu kuih Lidah.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sesi taklimat telah diadakan di dewan serbaguna kampung pegawai FAMA iaitu En. Jeffri . Sepanjang sesi taklimat dan penerangan berlangsung, beliau telah memberikan sedikit sejarah bagaimana Gerakan Desa Wawasan (GDW) yang mengusahakan kuih tradisional ini diwujudkan oleh sekumpulan pengusaha wanita, dengan bermodalkan hanya RM 130 dan berbekalkan hanya 13 orang peserta yang terdiri dari anggota Biro Hal Ehwal Wanita (BHEW), Gerakan Desa Wawasan (GDW) Kampung Berundung yang mampu menghasilkan kira-kira 10-15 kilo kuih Lidah pada tahun 2004 yakni semasa awal penubuhannya. Peserta program tersebut tidak pernah meminta sebarang bantuan kewangan baik dari institusi perbankan atau orang perseorangan. Dalam ertikata yang lain, mereka ini berdiri diatas kaki mereka sendiri. FAMA telah membantu peserta GDW kampung Berundung tersebut dengan memasarkan produk kuih Lidah ke pasaran tempatan pada mulanya. En Jeffri menjelaskan bahawa rasional disebalik pemilihan produk kuih Lidah tersebut adalah untuk di usahakan oleh Gerakan Desa Wawasan(GDW) kampung adalah kerana ianya merupakan makanan tradisional masyarakat melayu Brunei, yang mana majoriti penduduk di kampung Berundung tersebut juga adalah dari kalangan masyarakat Brunei. Beliau seterusnya menerangkan dengan merintis dan mengadakan projek sedemikian dapat meningkatkan pendapatan kampung, memupuk semangat berkerjasama diantara penduduk kampung serta apat merancakkan lagi kegiatan ekonomi di desa. Ianya selari dengan objektif program yang mana menyediakan peluang pekerjaan kepada kaum wanita, menyumbang tenaga serta kewangan kepada aktiviti dan tabungan kampung serta akhir sekali, memperkenalkan produk kuih Lidah sebagai jenama “Sajian Tradisional”.

Setakat ini, GDW Kampung Berundung telah mendapat bantuan teknikal dari FAMA berkenaan aspek pemasaran dan pembungkusan produk kuih Lidah didalam kotak bagi meningkatkan kualiti peragaan produk. Produk mereka ini juga telah mendapat pengiktifaran sijil Halal dari Jabatan Agama Islam Sabah serta sentiasa mendapat bantuan teknikal dari MARDI. Bertitik tolak dari tahun 2004 sehingga sekarang (2009), GDW BHEW kampung Berundung berjaya meraih beberapa anugerah di peringkat negeri mahupun nasional antaranya Anugerah Usahawan Jaya 2008 yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun lalu sempena karnival MAHA. Selain itu juga, produk kuih Lidah mereka ini telah mendapat sambutan di dalam karnival-karnival anjuran FAMA. Lebih memberangsangkan, produk kuih Lidah mereka telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa iaitu ke negara Brunei Darussalam. Menyentuh mengenai cabaran dan pahit getir sepanjang mengusahakan produk kuih Lidah ini, En. Jeffri selaku penyelia program GDW bahagian Papar, Beaufort, Ranau dan Sipitang menyatakan Gerakan Desa Wawasan (GDW) kampung Berundung, Papar ini pada mulanya mengadapi kesukaran seperti ketiadaan bengkel untuk mengusahakan, kurangnya sambutan dari penduduk kampung, ketiadaan mesin dan juga masalah kewangan yang menghambat keberterusan program ini. Namun, dengan berkekalkan azam yang kental, Gerakan Desa Wawasan (GDW) kampung Berundung Berjaya mengatasi halangan tersebut dan buktinya dari angka pengeluaran pada tahun 2004 hanya berlegar sekitar 10-15 kilogram, pada tahun 2008 angka pengeluaran meningkat kepada 70-80 kilogram sehari yang mana jika ditukarkan kepada nilai wang berjumlah RM119,908.80 (keuntungan kasar). Dalam merealisasikan matlamatnya sebagai GDW contoh bagi peringkat negeri Sabah, GDW kampung Berundung juga telah menetapkan sasaran pengeluaran kuih Lidahnya sebanyak 25% setahun bagi mengkonsistenkan pengeluaran untuk memenuhi permintaan pasaran yang kian berkembang. Sehingga kini, varian perasa kuih Lidah GDW kampung Berundung terdapat dalam 3 perisa iaitu asli, vanila dan coklat. Diakhir sesi taklimat dan penerangan tersebut, En. Jeffri memberikan pelajar satu nasihat berguna, “jika hendak membuat satu perusahaan, mulakan dari bawah, secara kecil-kecilan dan jangan minta bantuan”. Mesej tersebut memberi makna yang jelas kepada pelajar supaya menceburi indusri kampung atau IKS dari hanya sekadar memilih kerja yang selesa.

Selesai sesi penerangan tersebut, pelajar dibawa melihat ke bengkel perusahaan kuih Lidah dan berpeluang mencuba kuih yang baru dimasak. Kawasan bengkel yang bersih dan keadaan kelengkapan yang mencukupi serta komitmen para pesertanya memberi jawapan terhadap kejayaan program GDW yang dijalankan selama ini. Pelajar juga sempat membeli kuih Lidah untuk dibawa pulang sebagai “ole-ole”.

Lawatan ke Kampung Berundung selesai pada jam 11.50 pagi dan lawatan diteruskan pula ke kampung Laut untuk melihat aktiviti pengusahaan kuih cincin dan makanan ringan. Lawatan kedua ini bertempat di bengkel Cik Ruziah Abidin yang terletak di kampung Laut. Cik Ruziah mengusahakan bengkel makanan ringan bimbingan Jabatan Pertanian Papar ini bersama-sama dengan puan Dayang Itam Binti Yusof dan produk keluaran utama mereka ialah kuih cincin, juga makanan tradisi orang Brunei. Produk-produk lain juga yang diusahakan termasuklah kuih Jala, Bahulu, Lidah dan Kerepek Kacang. Berbeza dengan GDW Kampung Berundung, perusahaan mereka ini di bimbing oleh Jabatan Pertanian Papar dalam program Kumpulan Petani Wanita Maju (KPWM) manakala produk keluaran mereka ini dipasarkan sendirian tetapi FAMA juga berperanan dan memasarkan produk tersebut.

Lawatan ke kedua-dua kampung tersebut berakhir kira-kira jam 2.50 petang. Di harapkan pelajar mendapat input yang berguna melalui pengalaman kedua-dua lawatan tersebut yang seterusnya dapat diaplikasikan dalam kuliah Pembangunan dan Perubahan Sosial. Walaupun lawatan ini tidak sampai sehari namun ianya sangat memberikan pandangan yang menyeluruh kepada pelajar-pelajar mengenai apa itu pembangunan luar bandar, khususnya tentang apa yang dimaksudkan dengan pembangunan komuniti.

8 Responses to Kembara Ilmu ke Papar

  1. Dr Bala says:

    Dear Mr Roslee, good job. Teruskan usaha begini bagi merapatkan hubungan pihak universiti dengan pihak industri.

  2. Stan says:

    Tahniah En Roslee dan student. SSS hebat, UMS universiti rakyat

  3. Roslee says:

    Thanks Dr.Bala and Stan. There’ll be another fieldwork trip with the same students on March 13 at Kg.Karambunai, Menggatal. Personally, I think it’s quite imperative to involve students in community projects/programs so as to enhance their knowledge in various fields and at the same time to build a sense of community which is a student’s emotional, cognitive, and social attachment to a community that makes him or her more likely to participate in community organizations in the future. If environments and individuals are well matched, a sense of spirit and a sense of “we-ness” can be created. One of the objectives of the fieldwork trip to Papar was to instill the willingness among students to maintain the interdependence with the community by giving to or doing for others what one expects from them, the feeling that one is part of a larger dependable and stable structure; they then feel they belong to or fit into the community.

  4. Ramli says:

    saya ucapan tahnih kepada en.Rosli dan semua pelajar ANSOS tahun akhir. ANSOS penghubung masyarakat dengan kerajaan

  5. angel86 says:

    satu bentuk pembelajaran yang berkesan adalah melalui field trip.student tidak akan mendapat ilmu yang cukup dengan hanya mempelajari teori tanpa pratikalnya sekali.dan En. Roslee sudah menlakukan teknik yang berkesan. keep a good work En. Roslee.

  6. Ramli says:

    Setuju dengan angel86..belajar teori sahaja tidak cukup tetapi memerlukan pemerhatian terhadap perubahan sosial sekeliling kita, barulah sesuatu teori ini kita amalkan.

  7. Grace Chong says:

    To En.Rosli
    Can I know more about the trip or the information about the “kuih Cincin”?
    I am the student of School Of Art,UMS.
    Thank You very much.

  8. Grace Chong says:

    To Mr Roslee
    I am Sorry given a wrong name in a rely to you.
    Please forgive me

    From Grace

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: