Lawatan ilmu ke Kampung Unggun Jaya, Menggatal

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

13hb Mac 2009 (Kg. Unggun Jaya, Menggatal): Ramai yang tidak mengetahui bahawa di bandar Kota Kinabalu yang sedang menerima anjakkan pembangunan, terdapatnya satu komuniti kampung yang masih berpaut dalam keadaan kesederhanaan untuk sama-sama mengikuti laluan modenisasi. Kampung Unggun Jaya terletak di Kota Kinabalu, Hanya beberapa kilometer dari Pusat Kota Kinabalu Industrial Estate (KKIP) adalah komuniti kampung yang dimaksudkan. Di hambat oleh berbagai-bagai anasir pemodenan, komuniti ini perlu terus bertahan dalam mengekalkan kualiti hidup mereka dan di situlah perlunya KEMAS.

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau KEMAS yang bernaung di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah adalah merupakan agensi kerajaan yang bertindak untuk menjalankan pembangunan sosial di kampung bukan sahaja di kampung Unggun Jaya namun ianya terdapat di seluruh Malaysia. Selaras dengan itu, pelajar-pelajar ANSOS, SSS, Universiti Malaysia Sabah melalui Kursus Pembangunan dan Perubahan Sosial telah sepakat untuk mengadakan satu lawatan ilmu ke KEMAS kawasan kampung Unggun Jaya bagi melihat sendiri bagaimanakah KEMAS berperanan dalam membantu mempertingkatan pembangunan komuniti.

Seperti yang telah dijadualkan, rombongan lawatan seramai 54 orang yang diketuai oleh En. Roslee bin Hj. Abbas (Pensyarah Kursus Pembangunan dan Perubahan Sosial) telah bertolak dari UMS pada jam 8.15 pagi untuk ke Kampung Unggun Jaya yang hanya sejauh 10 Kilometer dari Kampus UMS. Rombongan telah sampai ke Pusat Pertumbuhan Awal Kanak-Kanak (PPAK) yang juga merupakan markas KEMAS bagi kampung Unggun Jaya. Rombongan disambut dengan ceria oleh Puan Rosnani Nasip yang juga ketua bagi kawasan KEMAS Kampung Unggun Jaya.

Rombongan telah diberikan sedikit taklimat mengenai sejarah penubuhan kemas kampung Unggun Jaya. Menurut Puan Rosnani, KEMAS Kg. Unggun Jaya telah mula beroperasi penuh dalam tahun 2001 dengan pembukaan bangunan PPAK pada 19 Julai 2001. Setelah itu, KEMAS Kg. Unggun Jaya telah melalui beberapa siri pembesaran cakupan program dari hanya bertumpu kepada pembunan kanak-kanak (Taska dan Tabika) kepada program pembangunan komuniti (kemahiran dan penambahan pendapatan) kepada penduduk kg. Unggun Jaya dan sekitarnya. Beliau manambah bahawa matlamat asas KEMAS di kampung tersebut adalah berperanan untuk meningkatkan pendapatan dan memfokuskan kepada wanita atau beliawanis yang tidak bekerja. Satu pencapaian yang membanggakan ialah apabila Kg. Unggun Jaya telah diangkat dalam Gerakkan Desa Wawasan pada tahun 2007 secara tidak langsung menjadikan seluruh penduduk kampung menjadi ahli KEMAS.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Puan Rohani menjelaskan sehingga kini terdapat 3 program teras yang dijalankan oleh KEMAS Kg. Unggun Jaya yakni:
1) Pembangunan kesejahteraan keluarga yang mana bertumpu kepada wanita. Pengisianya pula adalah dalam bidang kemahiran seperti kelas kekeluargaan, akhlak dan sahsiah serta kemahiran rumah tangga.

2) Pendidikan Bina Insan yakni memberi tumpuan kepada aspek pendidikan awal kanak-kanak seperti TASKA dan TADIKA. Di samping itu juga pendidikan bagi golongan dewasa juga dijalankan dengan pengisian aktiviti seperti kelas Fardu Kifayah.
3) Pembangunan kemahiran komuniti yakni mempunyai tujuan serampang dua mata iaitu meningkatkan pendapatan peserta disamping mendapat kemahiran. Terdapat dua pengisian program dalam teras pembangunan ini iaitu program kelas jahitan dan program kelas dandanan yang di gerakkan oleh 100% beliawanis kampung.

Menyentuh mengenai soal penyertaan, Puan Rohani memberitahu bahawa setakat ini golongan wanita adalah merupakan majoriti dalam penyertaan pengisian program. Ini disebabkan oleh faktor program itu sendiri yang lebih memberat kepada golongan wanita sendiri seperti kelas menjahit dan kelas dandanan yang ternyata tidak sesuai dengan lelaki. Setakat tahun 2009, terdapat 50 orang ahli berdaftar dalam program kursus jahitan. Keberkesanan program yang telah dijalankan oleh KEMAS setakat ini amat memberangsangkan dan buktinya ialah Tadika kg. Unggun Jaya telah mengikuti program POTENSI di semenanjung Malaysia dan Berjaya menggondol tempat kedua diperingkat kebangsaan (2008). Puan Rohani juga menerangkan majoriti peserta Kursus Jahitan telah Berjaya membuka butik/kedai jahit sendiri dan sekarang telah mampu menjana pendapatan lebih RM2000 sebulan.

Selesai sesi taklimat, para rombongan telah dijamu dengan hidangan sarapan pagi dan setelah itu pada jam 9.50 pagi, rombongan dibawa dengan berjalan kaki ke bengkel jahitan yang terletak kira-kira satu kilometer dari pusat PPAK. Walaupun penat berjalan menaiki bukit untuk sampai ke bengkel jahitan, rombongan telah disapa ceria oleh pelajar-pelajar sekolah yang cilik disepanjang perjalanan. Gelagat mereka ternyata melupakan kepenatan rombongan untuk ke Bengkel Jahitan KEMAS. Sesampainya rombongan ke bengkel jahitan, kami telah diberikan sedikit taklimat dan tunjuk ajar menjahit oleh beberapa perserta jahitan. Kami amat berterima kasih dengan layanan yang mesra oleh para peserta yang ternampak oleh kami walaupun kedatangan rombongan ke bengkel jahitan itu ternyata mengganggu mereka tetapi tidak pula dianggap oleh peserta bahkan kedatangan rombongan ke bengkel itu telah disambut dengan senyuman dan kemesraan para peserta program jahitan. En. Roslee serta beberapa pelajar sempat cuba menjahit pakaian namun benang yang dipintal putus. Reaksi mereka disambut dengan kelucuan dan gelak tawa peserta program jahitan tersebut.

Selesai dari bengel jahitan, rombongan turun semula ke bangunan PPAK pada jam 10.55 pagi dan selanjutnya bagi melihat aktiviti TASKA dan TADIKA. Melihat reaksi kanak-kanak cilik ini membuatkan rombongan gembira dan berfikir bahawa selama lebih 40 tahun penubuhan KEMAS di Malaysia, ianya telah mencapai objektifnya dalam membantu meningkatkan penguasaan 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) dalam kalangan anak-anak kampung, bahkan ada juga dikalangan peserta program yang telah dilahirkan dari program TABIKA KEMAS. En. Roslee dan pelajar juga sempat beramah mesra dengan kanak-kanak cilik ini dan telatah mereka ternyata mengembirakan kami.

Rombongan telah bertolak pulang ke UMS pada jam 12.15 tengahari dan lawatan siri kedua dalam Kursus Pembangunan dan Perubahan Sosial ini telah memberikan sekalung pengalaman yang sangat berharga buat peserta berkenaan dengan KEMAS serta perananya dalam membantu menggembleng usaha masyarakat bagi mencapai pembangunan komuniti yang berkesan. Rombongan lawatan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Rohani Nasip dan staf-staf serta peserta KEMAS yang sudi menerima kedatanagan kami ke KEMAS kg. Unggun Jaya. Tidak juga dilupakan kepada HEP UMS kerana sudi membantu melicinkan perjalanan program lawatan pembangunan dan perubahan sosial.

Disediakan oleh:
Mohamad Saiful Bin Japar
HA2006-4554

Diwasit oleh:
Roslee Bin Haji Abbas
Pensyarah
Kursus Pembangunan & Perubahan Sosial

One Response to Lawatan ilmu ke Kampung Unggun Jaya, Menggatal

  1. Anonymous says:

    after 8 years

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: