Pelancaran Projek Mega RM 1.7 Juta

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

6hb Mac 2009 (Bilik Mesyuarat Utama & Bilik Mesyuarat UPEP): Satu taklimat dan bengkel khusus untuk Kajian Kebajikan Kanak-Kanak di Sabah telah diadakan. Ia sebagai tanda pelancaran rasmi projek mega ini, yang diketuai oleh Dr. Kntayya Mariappan. Semua penyelidik dan enumerator yang terlibat telah sama-sama menjayakan taklimat dan bengkel tersebut. Turut hadir adalah En. Kua Abun, wakil dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta Prof. Dr. Awang Bono, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi.

Dalam ucapan pelancaran, Prof. Madya Dr. Asmady Idris (Dekan SSS) menyatakan bahawa projek mega bernilai RM 1.7 juta ini merupakan salah satu tanda aras bidang penyelidikan di Sekolah Sains Sosial. Projek ini menjadi bukti kepercayaan agensi luar (kerajaan dan swasta) terhadap keupayaan penyelidik-penyelidik SSS. Beliau juga berharap kejayaan projek ini bakal membuka jalan untuk peluang penyelidikan dengan dana lebih besar secara berterusan. Ini amatlah penting kerana fungsi teras SSS adalah mengembangkan ilmu menerusi penyelidikan-penyelidikan yang berkualiti, dan bukan semata-mata melalui proses pengajaran dan pembelajaran sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: