Ramah Mesra Memupuk Muhibbah

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Prof. Madya Dr. Asmady Idris memotong kek sebagai acara simbolik, sambil disaksikan oleh AJK-AJK baru Kelab Kebajikan dan Rekreasi SSS

11hb Mac 2009 (10.30am, Bilik Mesyuarat Utama): Sempena pertukaran pimpinan Kelab Kebajikan dan Rekreasi (SSS, UMS), satu majlis ramah-mesra telah diadakan. Semasa berucap dalam majlis tersebut, Prof. Madya Dr. Asmady Idris (Dekan SSS) telah menegaskan bahawa ‘kebajikan’ adalah salah satu daripada tiga aspek yang menghubungkan semua manusia secara universal. Tanpa sempadan, tanpa prejudis. Justeru, beliau menyanjung tinggi usaha kelab ini (i.e. diasaskan oleh Prof. Madya Dr. Ismail Ali) yang telah menjalankan pelbagai aktiviti berbentuk kebajikan, kerohanian dan interaksi sesama staf. Usaha tersebut telah menjalin persefahaman yang lebih utuh dalam kalangan kakitangan.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Pn. Harifah Mohd Noor (Program Geografi) telah dilantik sebagai teraju baharu bagi kelab ini, menggantikan Pn. Irma Wani Othman (Program Hubungan Industri). Pn. Harifah bermula dengan ‘high note’ apabila jamuan (yang diuruskan oleh beliau) semasa majlis tersebut mendapat pujian tinggi daripada para hadirin. Turut mencuri perhatian ialah persembahan deklamasi puisi oleh En. Zaini Othman, serta pengendalian acara oleh MC, En. Mahadirin Ahmad — yang disifatkan oleh Dekan sebagai ‘terlampau ceria’.

One Response to Ramah Mesra Memupuk Muhibbah

  1. sitti says:

    cayalah en zaini. baca puisi meletop!!!🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: