Sejarah Bakal Tercipta

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Buat julung-julung kali, tenaga akademik UMS (di bawah seliaan Sekolah Sains Sosial) akan mendokumentasikan secara formal penulisan tentang 15 etnik pribumi Sabah menerusi Siri Penerbitan Buku Etnik Malaysia

25hb Mac 2009 (9am-5pm), Bilik Mesyuarat Utama (Aras 1, SSS): Projek Penulisan Buku Etnik Sabah kini sedang menuju fasa akhir. Satu seminar diadakan bagi memperhalusi dan memurnikan hasil penulisan projek ini, yang diketuai oleh Prof. Dr. Sabihah Osman. Penyeldikan yang diusahakan sejak Ogos 2008 ini merupakan satu kolaborasi dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris, menerusi kerjasama dengan Prof. Datuk Dr. Zainal Kling (pemegang Kursi Tun Abdul Ghaffar Baba).

Projek ini istimewa kerana ia merupakan usaha komprehensif julung-julung kali untuk menghasilkan penulisan buku tentang pelbagai etnik pribumi Sabah — yang merangkumi Kadazandusun, Bajau, Murut, Orang Sungai, Bugis, Sino, Brunei, Lundayeh, Tidung, Idahan, Bisaya, Suluk, Iranun, Bonggi dan Kedayan. Projek ini mendapat suntikan dana penyelidikan lebihkurang RM75 ribu (i.e. RM1000 per-bab, serta kos penerbitan tujuh volume buku). Seramai lebihkurang 40 orang tenaga penyelidik terlibat, yang datang daripada empat buah pusat pengajian: Sekolah Sains Sosial, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Sekolah Pengajian Seni, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi serta Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial.

Projek ini mendokong semangat Ohana sepertimana yang ditekankan oleh dekan SSS, Prof. Madya Dr. Asmady Idris. Semangat ini merujuk kepada ikhtiar bersama untuk maju sebagai satu pasukan, khususnya dalam konteks pengembangan akademik dan penyelidikan. Menerusi projek yang cukup bermakna ini, lebih daripada 25 penyelidik SSS (50% daripada populasi gedung ilmu ini) telah mendapat peluang untuk menulis artikel dalam buku. Projek ini juga memberi peluang kepada seramai 9 orang untuk menjadi editor, termasuk 4 orang pensyarah muda yang pertama kali berpeluang menjadi penyunting bagi sesebuah penerbitan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: