Maulidur Rasul 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Sebelum perarakan bermula di depan Masjid UMS, berseri-seri dengan semangat merah menyala!

27hb Mac 2009 (8am), Masjid UMS ke Dewan Canselor: Kontijen Sekolah Sains Sosial meneruskan tradisi dengan menyertai majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat UMS. Kali ini, dengan pakaian sedondon merah padma. Perarakan ini bukan sekadar satu perjalanan lahiriah. Ia adalah satu simbol ikatan yang lebih bermakna. Ia menyatukan staf SSS, daripada pelbagai kedudukan, latar agama dan budaya. Sdra. Fazli Abdul Hamid (Ketua Program Hubungan Industri) mengepalai kontijen SSS, manakala Sdra. Aliakbar Gulasan bertindak sebagai teraju selawat.

Tahniah diucapkan kepada kesungguhan AJK Kelab Kebajikan & Rekreasi dalam merangka persiapan bagi aktiviti ini. Kelab bukan sahaja membekalkan sarapan pagi, tetapi turut menyediakan bunga telur untuk semua peserta. Sehingga ramai peserta yang telurnya berjatuhan di atas jalan! Klik sini untuk mengimbau nostalgia Maulidur Rasul SSS.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Selepas tamat perarakan di depan Dewan Canselor: masih tetap berseri dengan nyalaan semangat yang sama!

4 Responses to Maulidur Rasul 2009

  1. Marja says:

    Secara peribadi saya merasakan bahawa kontinjen SSS sebenarnya adalah pemenang pada hari itu. Menang semangat! Apa pun, kemenangan bukan menjadi matlamat utama. Kita telah menyertai perarakan secara ikhlas demi memperingati Rasul junjungan kita Rasulullah SAW.Selain itu, ikatan kemesraan juga terjalin secara tak langsung. Kalau tidak disebabkan oleh perarakan Maulidul Rasul, kita tak akan sampai ke perkarangan masjid awal-awal pagi🙂

  2. Webmaster says:

    Saya setuju dengan Marja. Semangat itu lebih penting daripada kemenangan. We may not see the significance (of this event) now. But 4-5 years from now, believe me… if you click this link again and revisit the nostalgia — it would bring something very meaningful. That may change your judgement and outlook, to a better one.

    Perkara-perkara sekecil begini, sebenarnya ada kesan kumultif yang besar. Barangkali ia boleh menyatukan semula ikatan-ikatan yang hampir terlerai, menyembuhkan hati-hati yang pernah terluka, merapatkan ratusan jurang tersembunyi yang kadang-kadang renggang, serta memberi peluang untuk kita mengenali hati-budi orang lain (yang mungkin selama ini kita simpan prasangka). Kesan-kesan kecil yang terkumpul begini, boleh membina sinergi sesebuah organisasi.

    Kalau kita mengabaikan hal-hal yang dianggap ‘remeh’ begini (hypothetically speaking): maka, kita mungkin hilang peluang untuk membina ikatan asas sebagai pengukuh kepada konteks kerjasama yang lebih besar. Fungsi-fungsi hakiki sebuah organisasi — kadangkala bermula dengan ‘hal-hal kecil’ yang kelihatan kurang penting. Seperti perarakan ini, misalnya.

  3. lai says:

    cool pic. nice wonderful baju melayu..apasal bila aku tak dpt join korang buat baju lawa2…bila aku join dapat pakai baju batik jer…:(….. anyway congratulations!

  4. JURRY says:

    YA SEPERTI KATA VINCE…KITA SEMUA PEMENANG TIADA ‘PENGALAH’ HEHE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: