Community Mapping di Kg. Kipovo

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

23hb Mac 2009 (Kg. Kipovo, Penampang): Program Sosiologi dan Antropologi Sosial (ANSOS) telah menjalankan satu aktiviti bersama dengan Partners of Community Organisation (PACOS) yang dinamakan sebagai Program Pemetaan Komuniti (Community Mapping) di Kampung Kipovo, Penampang. Aktiviti ini telah disertai oleh semua pelajar ANSOS tahun dua iaitu seramai 48 orang pelajar termasuk dua orang pelajar tahun 3. Aktiviti ini adalah di bawah penyeliaan Professor Madya Dr. Fadzilah Majid Cooke dan dibantu oleh PACOS iaitu sebuah badan sukarela berasaskan komuniti dan beberapa orang penduduk Kampung Kipovo. PACOS adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan atau lebih dikenali sebagai NGO dan diwakili oleh En. Adrian Lasimbang. Sebelum aktiviti dimulakan, En. Adrian menerangkan secara ringkas mengenai PACOS, sejarah Kampung Kipovo dan aktiviti yang akan dijalankan bersama-sama dengan wakil daripada PACOS dan Orang Kampung.

Selepas penerangan secara ringkas daripada En. Adrian selesai, kami kemudiannya diterangkan mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan sepanjang berada di Kampung Kipovo. Pembahagian kumpulan telah dipecahkan kepada 4 kumpulan yang mana setiap kumpulan mempunyai 12 orang ahli. Setiap kumpulan dibekalkan dengan sejenis alat yang digelar sebagai Global Positioning System (GPS). Alat ini digunakan untuk melengkapi Sistem penentududukan Sejagat atau penunjuk arah sesuatu kawasan. Sepanjang perjalanan aktiviti, alat GPS ini akan dibawa mengelilingi Kampung Kipovo. Pembahagian dan pemecahan kepada empat kumpulan menjadikan kami sebagai kumpulan yang keempat.

Di bawah jagaan puan Hilda dan En. Roy, kumpulan empat yang disertai oleh Prof. Fadzilah sendiri memulakan perjalanan mengelilingi Kampung Kipovo. En. Roy menerangkan cara dan kaedah untuk menggunakan GPS. Walaupun rumit untuk memahami selok belok penggunaan GPS, namun semangat yang tinggi yang ditunjukkan oleh ahli-ahli kumpulan empat menjadikan perkara itu menjadi senang. Selepas selesai penerangan daripada en. Roy, kumpulan empat meneruskan perjalanan aktiviti. Pn. Hilda mengetuai dan menjadi petunjuk jalan kepada kumpulan empat. Banyak penerangan dan maklumat yang diberikan oleh pn. Hilda di sepanjang perjalanan tersebut. Akhirnya, semua ahli kumpulan empat gembira apabila pn. Hilda membawa mereka ke kawasan sungai kerana itulah yang ditunggu-tunggu oleh mereka. Berdekatan dengan kawasan sungai tersebut terdapat bekas tapak pertanian (Fallow/Tumolog dalam bahasa Dusun) yang telah ditinggalkan hampir 30 tahun oleh penduduk kampung. Selepas berehat sekejap di sungai, mereka meneruskan perjalanan ke kawasan penanaman nenas. Daripada maklumat yang diberikan oleh Pn. Hilda, kebun nenas itu adalah kepunyaan JKKK Kampung Kipovo. Beberapa kawasan lain turut dilawati oleh kumpulan empat seperti kawasan kolam perikanan, kawasan sekolah, dan kawasan gereja. Perjalanan terakhir yang dilakukan oleh kumpulan empat adalah menaiki bukit yang menuju ke kawasan pertanian orang Kampung Kipovo, melalui maklumat yang diberikan oleh Pn. Hilda di atas bukit berkenaan juga terdapat bekas kawasan pertanian telah lama ditinggalkan hampir 10 tahun. Sebanyak lapan tanda GPS yang diperolehi oleh kumpulan empat. Selepas kesemua tanda tersebut di salin, kumpulan empat kembali semula ke dewan.

Setelah selesai aktiviti mengelilingi Kampung Kipovo, aktiviti seterusnya adalah aktiviti memasukkan tanda yang diperolehi kedalam perisian Google Earth. Kumpulan empat menjadi kumpulan terakhir yang memasukkan data kedalam perisian Google Earth. Kelapan-lapan tanda yang dipeolehi menunjukkan kumpulan ini adalah kumpulan yang paling sedikit mengambil tanda dan juga kumpulan yang paling singkat perjalanannya. Namun demikian kumpulan ini berjaya sampai ke kawasan sungai. Kepenatan dan keletihan pada hari tersebut begitu dirasai sehingga semua pelajar ANSOS kembali semula ke UMS.

Untuk laporan lanjut tentang aktiviti ini, sila klik sini (Kumpulan 2) dan klik sini (Kumpulan 3).

3 Responses to Community Mapping di Kg. Kipovo

  1. kicai20 says:

    Artikel di atas ni macam pernah dibaca sebelum ni…tapi di mana ya??? macam aku kenal siapa penulisnya… anyway..congratulation and thnks very much to Prof.Fadzilah couse bring we all to Kampung Kipouvo… harap lain kali prof bawa kami lagi…

  2. Chya Hye Dee says:

    Hidup ANSOS..

  3. MIE says:

    cummunity mapping at Kg.Kipuovo, wow…that’s great.but i miss out all the excitement…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: