Berbakti di Tuaran

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

8 April 2009 (Tuaran): Program Hubungan Industri Tahun 3 telah mengadakan kerja amal dan bakti siswa di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Tuaran. Sekolah dan asrama ini didiami oleh 30 orang pelajar Kurang Upaya Penglihatan dan lebih kurang 20 orang guru yang mahir dalam mengendalikan kanak-kanak kurang upaya penglihatan. Program ini telah diketuai oleh Saudara Mazlan B. Non selaku pengarah, bersama penasihat Puan Kee Y Sabariah dan dua orang pensyarah pengiring, iaitu Encik Mahadirin Ahmad dan Encik Azizan, serta tutor Program Hubungan Industri Cik Nur Syakirah.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut seperi bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah, mengindahkan kawasan sekolah dan bercucuk tanam di kebun sekolah tersebut. Selain itu kanak-kanak ini mengadakan persembahan yang sungguh memukau dan mengharukan dengan nyayian yang merdu dan bermain alat muzik.

Menurut pengetua Sekolah Encik Woong On Fook, pelajar-pelajar ini sering diundang ke pelbagai majlis untuk mengadakan persembahan. Pelajar tahun 3 Hubungan Industri turut mengadakan persembahan balas, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan permainan yang melibatkan interaksi yang rapat dengan kanak-kanak kurang upaya penglihatan ini. Sesungguhnya pensyarah, tutor dan pelajar tahun tiga telah belajar sesuatu yang baru pada hari bersejarah ini kerana merasa begitu kagum dengan kebolehan dan jati diri kanak-kanak kurang upaya penglihatan dalam mengharungi kehidupan mereka. Semua yang datang pada hari ini dapat meihat sendiri alat Bantu mengajar seperti tulisan brail, CCTV untuk bantuan pembacaan, mesin photo copy yang mengeluarkan objek timbul dan pelbagai kemudahan lain yang membantu kanak-kanak ini belajar seperti orang normal yang lain.

Sebelum lawatan diadakan, pelajar-pelajar Hubungan Industri tahun 3 telah bertungkus lumus mengadakan pungutan derma untuk sekolah ini. Derma yang diperolehi telah dapat menyediakan keperluan asas dan harian persekolahan kanak-kanak ini. Terima kasih kepada semua warga Universiti Malaysia Sabah yang sudi menghulurkan derma ikhlas dan hanya Allah yang akan membalas keikhlasan itu. Syabas dan tahniah kepada program Hubungan Industri Tahun 3 dan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Tuaran kerana sudi menerima kunjungan kami.

10 Responses to Berbakti di Tuaran

  1. azri says:

    Salam, semoga kenangan bersama adik-adik disana menjadi dorongan kepada abang dan kakak dalam mengenal erti perjuangan.

    p/s: setiap manusia mempunyai perjuangan tersendiri

  2. Dr Bala says:

    Tahniah di atas kerja amal yang dijayakan oleh Pensyarah dan Pelajar-Pelajar Program Hubungan Industri.

    God bless.

  3. Syabas kepada semua Warga HA12 Hubungan Industri!
    Keep gong on!

  4. sss student says:

    buah pauh delima batu,
    anak sembilang ditapak tangan,
    biar jauh beribu batu,
    hilang dimata di hati jangan…

  5. e_zuan says:

    tahniah!!! semoga program seperti ini akan menjadi satu tradisi warga Hubungan Industri…

  6. nott_zuera says:

    Thanks Pn.Kee…
    Pengalaman yang x mungkin dilupakan!!!

  7. Ah Lee Mei says:

    Thanks Pn. Kee..
    Harap Program seperti ini akan menjadi satu tradisi bagi pelajar Hubungan Industri.

  8. murni says:

    love i.r… terlalu byk pngajran sepnjng program berlangsung… selamat hari guru kepada seme lectre i.r

  9. lan says:

    thanks pn. Kee…
    harap program seumpama ini dapat diadakan lagi pada masa-masa akan datang..

  10. Kee says:

    Pengalaman kita mendekati orang kurang upaya(OKU). Semoga anda pelajar Hubungan Industri yang menjayakan program ini dapat menggunakan pertimbangan dan bersikap adil dalam mengendalikan pekerja kurang upaya yang tidak mustahil akan anda temui dalam alam pekerjaan. Terima kasih atas komen yang positif diruangan ini.
    Salam Maju Jaya semua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: