Dinamika Perburuhan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

23 Februari 2009 & 3 April 2009 (UMS): Program Hubungan Industri Tahun 3 Sessi 2008/2009 telah menjalankan 3 siri Seminar Dinamika Perburuhan dan isu-isu Kontemoporari yang membincangkan 11 isu terpilih dalam Hubungan Industri antaranya ialah Era Perindustrian: Implikasi kepada dinamika perburuhan, Globalisasi dan MNC: Implikasi kepada terma dan kondisi pekerjaan di Malaysia, Pengurusan Sumber Manusia : Dimensi baru dan Reformasi pekerjaan dalam sektor awam. Seminar yang pertama telah di adakan pada 23 Februari 2009 yang dirasmikan oleh Dr Muhammad Tahir Mapa, Timbalan Dekan Akademik Sekolah Sains Sosial yang telah memberi semangat kepada usaha positif para pelajar Hubungan Industri.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Seminar ke 2 yang di adakan pada 3 April 2009 telah menjemput 6 orang wakil kesatuan sekerja di Sabah iaitu Cik Margaret, pengerusi Sabah Banking Employees Union, Encik Lingkim dan Md Shahbudin dari Sabah Hotel Resort & Restaurant Employees Union (SHR & R), Encik Simon dari KEPMAS, Encik Makbul dan Encik Amran dari Kesatuan Sekerja Pekerja Telekom, Encik Martin dan encik David dari Kesatuan Sekerja Pekerja-pekerja Forest Industri . Seminar ini diserikan dengan perasmian oleh Dr Ramzah Dambul , Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi Sekolah Sains Sosial yang mengalu-alukan kedatangan semua pengerusi, timbalan pengerusi dan wakil kesatuan sekerja yang mengupas tentang “isu dan cabaran yang dihadapi oleh kesatuan sekerja pada masa kini dalam menjamin keharmonian Hubungan Industri”. Encik Jecixon Muhamin dari Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Sabah juga turut hadir memeriahkan majlis dan bertindak sebagai pemerhati. Pelajar Hubungan Industri berasa sangat beruntung dapat menimba pengetahuan dengan pengalaman daripada kesatuan sekerja yang menghadapi realiti sebenar yang berlaku dalam Hubungan Industri yang mereka kenali melalui teori dan perbincangan formal. Pensyarah dan pelajar mengharapkan agar kerjasama yang terjalin ini berkekalan dan usaha peningkatan ilmu dapat digiatkan dari masa ke semasa.

Sebagai penutup kepada siri seminar Dinamika Perburuhan dan Isu-Isu kontemporari pada 6 April 2009 sekali lagi semua pensyarah Hubungan Industri dan pelajar Hubungan Industri berdiskusi dan berbincang tentang isu-isu terkini yang berlaku dalam era pekerjaan pada hari ini terutamanya tentang pembuangan pekerja yang menjadi tindakan paling popular pihak majikan ketika kegawatan ekonomi. Ucapan setinggi-tinggi tahnia kepada pelajar Hubungan Industri tahun 3 yang berjaya menganjur dan menyahut cabaran para pensyarah untuk mengadakan seminar yang bermanfaat ini. Tahnia juga kepada semua pensyarah Hubungan Industri yang tidak pernah jemu berkongsi idea dan ilmu demi percambahan minda anak-anak didik pelajar Hubungan Indsutri. Semoga usaha murni ini berterusan hingga ke akhir zaman.

10 Responses to Dinamika Perburuhan

  1. azri says:

    pengalaman sepanjang menguruskan program tersebut secara berpasukan diharap menjadi kenangan buta kita semua pelajar Hubungan Industri tahun 3

  2. sss student says:

    kenangan terindah buat semua, pengalaman menganjurkan program ini adalah yang paling D Best 4 me…
    jutaan terima kasih kepada semua pensyarah IR, kerana banyak memberi tunjuk ajar sepanjang perjalanan program ini..TQ

  3. Aleme @ Ah Lee Mei says:

    Semoga program keilmuan ini menjadi tradisi pelajar Hubungan Industri (IR).
    Good luck for all student!!

  4. bEE says:

    ushh.. baru sempat tgk…
    semoga pengalaman yg dperolehi dapat mematangkan lagi kita…

  5. murni says:

    kenangan terindah…

  6. sue_suri says:

    remember our memories 2gether. remember ‘being a student is da greaters moment in life’………..

  7. maria_ezra says:

    Satu aktiviti yang banyak memberikan pengalaman dan ilmu pengetahuan. Semoga ianya berterusan dan menjadi tradisi mahasiswa hubungan industri, sekolah sains sosial, UMS.

  8. lan says:

    pengalaman yang diperoleh amat bermakna kepada kami pelajar…

  9. Kee says:

    Kepada semua pelajar Hubungan Industri yang menjayakan program ini.Syabas kepada Rozimah and team, semoga pengalaman yang diperolehi memberi makna kepada anda semua.
    Terima kasih di atas komen yang positif di ruangan ini. Saya doakan anda semua maju jaya dalam bidang pekerjaan yang bakal ditempuhi.

  10. fazirah says:

    our sweet memory.student life is de best part of my life..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: