Macquarie berkunjung lagi…

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

23 April 2009 (Bilik Mesyuarat Utama, 10am): Rombongan pelajar di bawah Jabatan Persekitaran dan Geografi MacQuarie University daripada Australia dan Sekolah Sains Sosial (Program Geografi dan Program Sosiologi dan Antroplogi Sosial) sekali lagi bertemu dalam perkonsian ilmu. Perasmian acara ini telah disempurnakan oleh Prof. Madya. Dr. Fadzilah Majid Cooke dan dihadiri oleh pemegang Kursi Kadazandusun Prof. Madya Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan, Ketua UPEP, Prof. Madya Dr. Rosazman Hussien, pensyarah dan pelajar Geografi, Sosiologi dan Antropologi sosial, Hubungan Industri dan hubungan antarabangsa serta beberapa orang pelajar pasca siswaazah. Ini adalah kunjungan yang kedua daripada universiti tersebut. Kali ini mereka membentangkan hasil kajian lapangan di Homestay Kampung Tombung, Tuaran, Sabah.

Kajian lapangan tersebut telah disertai oleh lima orang pelajar SSS yang bertindak sebagai penterjemah kepada para pelajar luar negara itu. Antara tema kajian yang dibentangkan ialah Kesihatan dan pengetahuan asal (indigeneous knowledge) yang antaranya mempersoalkan kecenderungan penduduk tempatan terhadap rawatan moden dan tradisi, tema seterusnya ialah Ekopelancongan, perubahan sosial, ekonomi dan politik akibat perubahan guna tanah dan pembangunan mapan. Pelajar dan kakitangan akademik SSS telah memberikan beberapa pandangan dan respon positif dalam memantapkan lagi dapatan kajian kumpulan pelajar luar Negara itu. Pertemuan ini adalah satu peluang yang baik kepada semua warga akademik, terutama pelajar SSS dalam meningkatkan pengetahuan dan membuka minda serta memandang lebih jauh ke hadapan. Pendekatan kajian lapangan multi-disiplin yang diamalkan oleh Universiti tersebut seharusnya menjadi panduan kepada setiap program di SSS.

4 Responses to Macquarie berkunjung lagi…

  1. Dr Bala says:

    Aktiviti seperti ini perlu diteruskan pada masa akan datang. Semoga SSS terkenal di seluruh dunia.

    Good luck to Uni of MacQuarie, Australia for their effort to visit again our university.

  2. Chya Hye Dee says:

    Tahniah di ucapkan..

  3. Chya Hye Dee says:

    sedih pula aku tidak diajak sama dalam program ni…tidak apa la…lain kali harap diajak sama menyertai program seperti ini…nak juga dapat pengalaman jmpa student eropah ni…

  4. Sheila says:

    Sian ko Chya..nda apa….Australia bukan eropah juga…tggu peluang kedua ya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: