Sejarah mencipta Sejarah

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Parangkang sedang menuju ke destinasi terakhir…

6 April 2009 (Jeti IPMB, UMS): Majlis sambutan kepulangan ekspedisi pelayaran UMS-Parangkang telah diserikan dengan kehadiran YB Datuk Nasir Sakaran. Pelayaran yang mengambil masa selama 18 hari ini telah bermula pada 18 April 2009 di Tawau. Ekspedisi yang bertujuan untuk mengembalikan nostalgia dan kegemilangan sejarah silam ini, telah belayar sehingga ke Teluk Brunei. Projek pelayaran diilhamkan oleh Prof. Madya Dr. Ismail Ali daripada Program Sejarah Sekolah Sains Sosial, menerusi geran penyelidikan yang mengkaji sejarah maritim sekitar kepulauan Borneo. Dalam pelayaran selama lebih dua minggu tersebut, beliau telah dibantu oleh En. Mosli Tarsat, seorang tenaga akademik muda daripada program yang sama.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Suasana meriah sekitar majlis sambutan tersebut

Dalam majlis sambutan tersebut, Prof. Madya Dr. Asmady Idris (Dekan Sekolah Sains Sosial) telah mewakili Naib Canselor selaku tuan rumah. Manakala YB Datuk Nasir Sakaran sendiri telah merasmikan acara. Tahniah kepada Program Sejarah atas usaha yang sungguh bermakna ini.

One Response to Sejarah mencipta Sejarah

  1. Pauline says:

    Land Ahoy!!! Welcome back to Assoc. Prof. Ismail and Mosli… Congratulation to both of you and also the crew… Do plan another and bigger voyage!!!😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: