Selangkah untuk UMS, Tiga Langkah untuk SSS

 

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Peserta UMS dalam ITEX 2009 bergambar bersama Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Dr. Rosnah Ismail dan Pengarah Pusat Penyelidikan & Inovasi, Prof. Dr. Awang Bono

15-17 Mei 2009 (KL Convention Centre): Sebanyak 20 inovasi UMS menyertai pertandingan dengan pencapaian 2 pingat emas, 8 pingat perak dan 10 gangsa. Justeru, UMS menjadi satu-satunya kontijen yang berjaya memperolehi pingat 100% (bagi kategori penyertaan melebihi 15) dalam ITEX 2009. Secara peratusan, pencapaian ini memperbaiki rekod dalam ITEX 2008 (tiga peserta gagal memenangi pingat) dan MTE 2009 (seorang peserta tidak memperolehi pingat). Selain itu, UMS turut menerima anugerah tempat ke-3 bagi kategori The Best Booth. Ya, UMS maju selangkah lagi.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pingat Perak: Prof. Madya Dr. Bala

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pingat Gangsa: Dr. Ramzah

Bagi Sekolah Sains Sosial, penyertaan pertama dalam pertandingan inovasi paling prestij di Malaysia, ITEX 2009, membawa makna yang cukup unik. Selepas membawa pulang sebutir pingat perak dari MTE 2009 dan pingat gangsa dari Geneva, SSS terus gigih berusaha mendefinisikan semula konteks “teknologi dan inovasi” supaya tidak disempitkan kepada bidang sains tulen sahaja. Kali ini, SSS membawa pulang dua pingat. Dr. Bala adalah salah seorang penyelidik bagi projek “Computer Based Creativity Assessment Module” (Ketua Projek: Dr. Balan, SPKS) yang memungut pingat perak. Manakala, Dr. Ramzah Dambul dan En. Oliver V. Eboy bergabung dalam projek GIS Teaching Application for Regional Climate Classification (GITAR) dan memperoleh pingat gangsa.

Namun begitu, inisiatif ini bukan sekadar persoalan pingat dan kemenangan. Perkara yang lebih penting adalah memberikan dimensi dan perspektif baharu kepada seluruh penyelidik bidang sains sosial dan kemanusiaan untuk lebih kreatif dan berinovatif dalam kajian masing-masing. Ya, SSS merintis tiga lagi langkah ke hadapan!

5 Responses to Selangkah untuk UMS, Tiga Langkah untuk SSS

  1. Paul says:

    Tahniah kepada pemenang-pemenang.

  2. Dir says:

    Tahniah buat semua

  3. Chong says:

    congrts

  4. tumanggong says:

    Tahniah kepada semua…

  5. fadila says:

    tahniah, satu pencapaian yang membanggakan…kekalkan dan usaha lebih baik…kita mampu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: