Kelana Pendidikan ke Mumbai

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Rombongan MOHEX-Mumbai 2009

20-25 Mei 2009 (Mumbai, India): Satu trip pameran pendidikan telah disusun oleh Pusat Pengajian Pascasiswazah (UMS), dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi. Selain UMS, trip ini juga disertai wakil dari UMK, UNIMAS, UUM, MMU, IIUC (International Islamic University College) dan Masterskills College. Rombongan UMS terdiri daripada Dr. Ramzah Dambul (SSS), Dr. Rayner Alfred (SKTM), Pn. Zuraini Hj Hamdin (Pusat Pengajian Pascasiswazah) dan Cik Sharifah Ismail (SPU). Lawatan selama 5 hari tersebut mempunyai tiga agenda utama. Pertama, untuk mempromosikan program pengajian pascasiswazah UMS; kedua, menjalin kolaborasi dengan institusi pendidikan/penyelidikan di India; dan ketiga, mencari peluang untuk recruitment kakitangan akademik (khususnya bagi SKTM dan SPU).

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Dalam siri lawatan tersebut, rombongan telah berpeluang mengunjungi 10 institusi pendidikan/penyelidikan di Mumbai. Dalam setiap siri kunjungan, diskusi terbuka diadakan tentang pelbagai aspek institusi pengajian tinggi: merangkumi kerjasama penyelidikan, perkongsian kemahiran dan kepakaran, kurikulum pengajaran dan sistem pengurusan universiti. Pada dua hari terakhir pula, satu pameran pendidikan telah diadakan di Hotel Taj Lands End yang bertujuan mempromosikan Malaysia umumnya dan UMS khususnya sebagai destinasi pendidikan, sama ada di peringkat pascasiswazah mahupun prasiswazah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: