Bengkel Penyediaan SLT dan Table 3

June 28, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

26 Jun 2009 (9.00am-5.00pm, Makmal GIS, Aras Bawah): Satu bengkel telah dianjurkan di bawah portfolio Timbalan Dekan (Akademik & Hal-Ehwal Pelajar) bagi membantu para pensyarah dalam menyedikan Student Learning Time (SLT) dan Table 3 (saripati kandungan setiap kursus). Ini sejajar dengan proses penarafan MQA bagi kurikulum akademik UMS. Bengkel yang dihadiri kira-kira 20 orang pensyarah ini telah dikendalikan oleh En. Fazli Abd Hamid (Ketua Program Hubungan Industri) bagi penyediaan SLT, dan Pn. Jurry Foo (Ketua Program Geografi) bagi penyediaan Table 3.

Advertisements

Tingkahlaku Industri & Pengurusan Sisa

June 23, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketPara Pembentang: Pn. Kee Y Sabariah, Dr. Mohammad Tahir dan En. Mahadirin

23 Jun 2009 (2.30pm, Bilik Mesyuarat Dekan): Tiga orang kakitangan akademik daripada Program Hubungan Industri dan Program Geografi membentangkan kertaskerja masing-masing dalam siri Seminar Berkala SSS. Pn. Kee Y Sabariah (Program Hubungan Industri) memulakan sesi dengan kertaskerja bertajuk — “Perjanjian Kolektif Menjamin Keseimbangan di antara kerjaya dan kehidupan: Kajian Kes Kesatuan Pekerja-pekerja Telekom Malaysia Berhad (SUTE)”. Bagi sesi kedua, Dr. Mohammad Tahir (Program Geografi) berkongsi wacana dengan pembentangan berjudul — “Waste Management Strategy in Developing Country: A Case Study of Kota Kinabalu, Sabah”. Pembentangan terakhir disempurnakan oleh En. Mahadirin (Program Hubungan Industri) dengan tajuk — “Tingkahlaku Aktor Dalam Perundingan Kolektif: Kajian Kes di Sabah Banking Employee Union (SBEU)”.


Mamahui Pogun

June 18, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

16 Jun 2009 (2.30pm — BMD, Aras 1): Seminar Berkala SSS diteruskan seperti biasa, di tengah-tengah kerancakan acara universiti yang ada macam-macam — ketika ini. Prof. Madya Dr. Jaqueline Pugh-Kitingan, penyandang Kursi Kadazandusun, membentangkan kertaskerja berjudul: “The symbolic articulation of interactions between the seen and the unseen through gong ensemble music and dance in the Mamahui Pogun of the Lotud Dusun of Tuaran, Sabah, Malaysia”. Pembentangan ini turut disertai dengan tayangan video ritual adat yang diwacanakan.


Kontijen PEREKA SSS: 2009

June 16, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Penyertaan pertama kali dalam PEREKA (dari atas kiri, ikut pusingan jam): PM Dr. Fadzilah, PM Dr. Mohd Noor, Dr. Mohammad Tahir, PM Dr. Jaqueline, Dr. Aliakbar, En. Roslee, En. Nordin, En. Mosli, En. Azizan dan En. Mustapa (Tiada dalam gambar: Cik Maine Suadik)

15 Jun 2009 (11.00am — Bilik Mesyuarat CeRGIS, Aras 1): Satu perjumpaan dan taklimat telah diadakan oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi) bersama dengan semua peserta PEREKA Sekolah Sains Sosial bagi pertandingan tahun 2009. Sebanyak 23 projek dari SSS akan menyertai pertandingan penyelidikan dan inovasi paling prestij di UMS ini. Semua Program dan Unit di SSS telah diwakili, dengan jumlah penyertaan tertinggi daripada Read the rest of this entry »


Penyelidikan Profail Persekitaran Pinggir Pantai Sulu-Sulawesi

June 15, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
COASTAL ENVIRONMENTAL PROFILE OF SULU-SULAWESI SEAS, sebuah projek penyelidikan yang melibatkan kolaborasi enam universiti (UMS, UKM, USM, UM, UMT, UNIMAS). Kumpulan penyelidik UMS diketuai oleh Prof. Dr. Ridzwan Abdul Rahman, Dekan Sekolah Pertanian Lestari.

Projek ini mendapat dana daripada Kementerian Sains dan Teknologi (National Oceanographic Directorate). Salah satu objektif penyelidikan adalah untuk mengkaji kepentingan sosio-ekonomi bagi sumber-sumber zon pinggir pantai, serta menilai ancaman-ancaman yang berkaitan. Komponen ini akan ditangani oleh tiga penyelidik Sekolah Sains Sosial, iaitu: Prof. Madya Dr. Fadzilah Majid-Cooke (aspek penggunaan sumber alam sekitar), Dr. Ramzah Dambul (rekabentuk soalselidik dan analisis statistik) serta Cik Maine Suadik (penyelaras gerakkerja di lapangan). Kumpulan penyelidik SSS akan Read the rest of this entry »


International Publication for SSS

June 5, 2009

Publishing internationally: How does it happen amidst pressures of academic life?

The School of Social Sciences at UMS has taken up the challenge to publish internationally quite seriously. For a few of them who continue to publish internationally, publishing is considered as important as life itself, without which being in academia carries little meaning (Assoc. Professor Dr. Fadzilah Majid Cooke), and an intellectual product that no one else can take away from him/her (Assoc. Professor Dr. Balakrishan Parasuraman). Assoc. Professor Dr. Asmady Idris who managed to publish internationally despite a hectic schedule sets the example.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
AP Dr. Asmady AP Dr. Fadzilah Mr. Rizal Zamani Mr. Mohd Shaukhi

A practical effect of being able to publish internationally is for the person to be known for her/his own work in her/his own right, not as a junior partner of international ones. The use of academics Read the rest of this entry »


Mesyuarat Graduasi

June 4, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

4 Jun 2009 (9.00am — BMD, Aras 1): Prof. Madya Dr. Asmady Idris (Dekan SSS) mempengerusikan salah satu mesyuarat terpenting bagi JK Akademik Sekolah Sains Sosial untuk tahun 2009. Mesyuarat ini yang turut dihadiri oleh Penolong Pendaftar, Timbalan Dekan dan semua Ketua Program bertujuan untuk mengesahkan calon-calon graduan SSS bagi majlis konvokesyen 2009. Di samping itu, mesyuarat ini juga turut membincangkan beberapa aspek akademik lain — pengesahan markah latihan ilmiah dan hal-hal permohonan pelajar bersabit akademik (i.e. tangguh pengajian, tukar program, dll).