Penyelidikan Profail Persekitaran Pinggir Pantai Sulu-Sulawesi

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
COASTAL ENVIRONMENTAL PROFILE OF SULU-SULAWESI SEAS, sebuah projek penyelidikan yang melibatkan kolaborasi enam universiti (UMS, UKM, USM, UM, UMT, UNIMAS). Kumpulan penyelidik UMS diketuai oleh Prof. Dr. Ridzwan Abdul Rahman, Dekan Sekolah Pertanian Lestari.

Projek ini mendapat dana daripada Kementerian Sains dan Teknologi (National Oceanographic Directorate). Salah satu objektif penyelidikan adalah untuk mengkaji kepentingan sosio-ekonomi bagi sumber-sumber zon pinggir pantai, serta menilai ancaman-ancaman yang berkaitan. Komponen ini akan ditangani oleh tiga penyelidik Sekolah Sains Sosial, iaitu: Prof. Madya Dr. Fadzilah Majid-Cooke (aspek penggunaan sumber alam sekitar), Dr. Ramzah Dambul (rekabentuk soalselidik dan analisis statistik) serta Cik Maine Suadik (penyelaras gerakkerja di lapangan). Kumpulan penyelidik SSS akan menggunakan khidmat lima orang pembantu penyelidik — yang terdiri daripada pelajar dan graduan Program Geografi, serta Program Sosiologi & Antroplogi Sosial.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

‘Testing’ untuk borang soal-selidik di Kg. Mengkabong, Tuaran oleh para pembantu penyelidik

Pada 15 Jun 2009 (10am, Bilik Mesyuarat CeRGIS), Dr. Ramzah Dambul telah memberi taklimat kepada para pembantu penyelidik berhubung spesifikasi soal-selidik dan bagaimana mengoperasikannya di lapangan. Borang soal-selidik yang direkabentuk (berasaskan pendekatan analisis kuantitatif) kemudiannya telah diuji oleh para pembantu penyelidik di Kg. Mengkabong, Tuaran pada petang hari yang sama (selepas taklimat). Projek penyelidikan yang sebenar akan bermula pada 18 Jun 2009 selama dua minggu, dan jelajah ini akan membawa para penyelidik berekspedisi di sepanjang pesisir pantai timur Sabah.

One Response to Penyelidikan Profail Persekitaran Pinggir Pantai Sulu-Sulawesi

  1. […] Jun 2009 (Sekitar pantai Laut Sulu-Sulawesi): Projek penyelidikan fasa pertama bagi projek COASTAL ENVIRONMENTAL PROFILE OF SULU-SULAWESI SEAS telah beroperasi dengan kerjalapangan pengutipan data selama hampir dua minggu. Lima orang pembantu […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: