Beyond the sparkling medals

July 29, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
En. Baszley Bee Basrah Bee bersama buku ilmiah terbaru Sekolah Sains Sosial: Arkeologi Maritim Borneo (naskhah sebenar) dan Asas Kajian Persempadanan Negeri Sabah (naskhah contoh)

29 Julai 2009 (Sekolah Sains Sosial): Sarjana prolifik SSS, En. Baszley Bee Basrah Bee (Program Sejarah) meneruskan kecemerlangan penyelidikan sekolah menerusi penghasilan dua buah lagi buku ilmiah: Arkeologi Maritim Borneo, Kajian di Tanjung Simpang Mengayau (tulisan bersama En. Bilcher Bala) serta Asas Kajian Persempadanan Negeri Sabah (tulisan bersama Prof. Dr. Sabihah Osman dan En. Nordin Sakke).

Buku pertama telahpun terbit secara rasmi, manakala buku kedua akan menyusul dalam waktu terdekat. Kedua-dua buku adalah terbitan Universiti Malaysia Sabah. Tahniah kepada semua penulis terlibat, yang tegar menaikkan reputasi Sekolah Sains Sosial dalam aspek penerbitan, iaitu output terpenting untuk mengukur kualiti sesebuah penyelidikan. Terbukti bahawa SSS bukan sekadar ‘sekolah pingat’ semata-mata. We do have the capacity to go beyond the sparkling medals.

Advertisements

Membina landasan mula

July 29, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Para pensyarah dan pelajar yang menjayakan Sesi Pembentangan Proposal Latihan Ilmiah (Geografi Tahun 3)

23 Julai 2009 (Makmal GIS & Makmal CeRGIS): Sebanyak 58 proposal latihan ilmiah prasiswazah telah dibentangkan, dan ia melibatkan semua pelajar Program Geografi Tahun 3 — daripada Gugusan Kemanusiaan dan Fizikal. Ini adalah tradisi tahunan Program Geografi sebagai satu mekanisme pemantauan untuk mempastikan kajian dan penulisan latihan ilmiah berjalan lancar. Sebagai kesinambungan kepada sesi pembentangan ini, semua pelajar akan mempersembahkan sekali lagi dapatan kajian dalam bentuk oral dan poster pada pertengahan Semester II Sesi 2009/2010 — dalam satu program wacana yang dikenali sebagai Persidangan Sains Ruang.


SSS: bukan sekadar ‘menara gading’

July 24, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kumpulan penyelidik sedang mencanai halatuju akhir bagi projek Sabah Priority Issues (Setting the Course for Change), dan membina asas permulaan bagi penyelidikan ‘Sabah: OneMalaysia’

22 Julai 2009 (Bilik Mesyuarat Dekan, SSS): Pasukan penyelidik bagi projek penerbitan buku Sabah Priority Issues, yang diketuai oleh Prof. Dr. Sabihah Osman, berhimpun dalam satu wacana yang bertujuan menentukan halatuju akhir. Semasa sesi ini, Read the rest of this entry »


Berkongsi pemikiran seorang sarjana

July 21, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Suasana sekitar majlis wacana

20 Julai 2009 (Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3: 2.00-4.00 pm): Sekolah Sains Sosial sangat beruntung kerana berpeluang berkongsi pemikiran dengan seorang sarjana tersohor Malaysia, Dr. Chandra Muzaffar. Beliau diundang khas oleh Program Hubungan Read the rest of this entry »


Latihan Praktikum

July 20, 2009

KEPADA SEMUA PELAJAR TAHUN III SEKOLAH SAINS SOSIAL, UMS

SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENJALANKAN LATIHAN PRAKTIKUM SEPERTI ALAMAT DIBAWAH:-

 BIRO PENGADUAN AWAM

JABATAN PERDANA MENTERI Read the rest of this entry »


Reformasi Status Quo

July 18, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Sebahagian kakitangan dan pelajar pascasiswazah SSS yang sama-sama menjayakan majlis jamuan keraian PEREKA 2009

15 Julai (Pejabat Am, SSS): Pencapaian SSS dalam PEREKA 2009, bukan sahaja membanggakan, tetapi turut melakar sejarah tersendiri. Buat pertama dalam siri PEREKA UMS, sekolah dari gugusan non-sains menduduki carta teratas dalam senarai pungutan pingat. Dengan sejumlah 15 pingat (2 Emas, 6 Perak dan 7 Gangsa), SSS mengatasi pencabar tradisi iaitu Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat (SKTM) — yang menduduki tempat kedua dengan pungutan 13 pingat. Ini adalah satu reformasi status quo PEREKA 2008, di mana ketika itu SSS hanya menduduki tempat ke-2 (10 pingat), manakala SKTM menduduki senarai teratas (14 pingat).

Sehubungan dengan kejayaan kontijen SSS dalam PEREKA 2009 Read the rest of this entry »


Cultural landscape and cultural keystone species?

July 18, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

5-8 July 2009 (Vienna, Austria): What are cultural keystone species? Does more participation in project design and development decision making necessarily lead to more grassroots democracy? What is government to government planning? I will answer Read the rest of this entry »