Duta Kecil SSS ke Persada Antarabangsa

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Prof. Madya Dr. Balakrishnan Parasuraman, En. Syahruddin Awg Ahmad, Sdri Chan Li Shia dan Prof. Madya Dr. Asmady Idris

14 Julai 2009 (Bilik Dekan, SSS): Satu taklimat ringkas tentang Program Pertukaran Pelajar antara Universiti Malaysia Sabah dan University of Wollongong, Australia telah diadakan di Bilik Dekan, Sekolah Sains Sosial. Semasa taklimat, Prof Madya Dr Asmady Idris (Dekan SSS) telah memberi beberapa nasihat, panduan serta dorongan kepada Sdri Chan Li Shia (Program Komunikasi) yang telah dipilih mengikuti Program Pertukaran Pelajar ke University of Wollongong, Australia. Ia bermula pada 16 Julai sehingga 23 November 2009. Pada bulan Mac 2009, pihak sekolah mengendalikan satu sesi temuduga bagi memilih seorang pelajar terbaik di SSS. Akhirnya, jawatankuasa pemilihan telah menyenaraipendek tiga pelajar dari Program Hubungan Industri, Hubungan Antarabangsa dan Komunikasi berdasarkan merit akademik, keupayaan berkomunikasi semasa sesi temuduga dan penglibatan dalam kokurikulum. Pada saringan akhir, pihak pengurusan tertinggi UMS telah memilih Sdri Chan Li Shia, seorang pelajar dari Program Komunikasi mengikuti program ini.

Pihak kerajaan Australia melalui University of Wollongong telah menganugerahkan satu biasiswa (sara hidup) dan yuran pengajian (dikecualikan) selama satu semester kepada seorang pelajar dari negara Asia. UMS telah dipilih kerana ada perjanjian persefahaman (MOU) yang ditandatangani dengan University of Wollongong pada bulan November 2008. Ini merupakan satu kejayaan yang harus dibanggakan oleh UMS kerana pengiktirafan universiti luar negara terhadap pelajar kita. Jugadiharapkan ini adalah langkah permulaan bagi Sekolah Sains Sosial menjalinkan hubungan baik dengan universiti luar negara terutama dalam aspek pertukaran pelajar. Mungkin pada masa akan datang lebih ramai pelajar dari program yang lain akan dihantar berasaskan meritokrasi akademik.

Turut hadir dalam taklimat ini ialah Professor Madya Dr Balakrishnan Parasuraman, ahli jawatankuasa Program Pertukaran Pelajar UMS-UOW 2009 dan Alumni UOW serta Encik Syahruddin, Ketua Program Komunikasi, SSS selaku salah seorang ahli jawatankuasa Program Pertukaran Pelajar UMS-UOW 2009.

6 Responses to Duta Kecil SSS ke Persada Antarabangsa

  1. Ahmad says:

    Tahniah…do the best!!!

  2. Liyana says:

    congratulations for sss….i’m so proud bcoz study in sss…

  3. Chan says:

    Uhm, actually, there’s a missing ‘H’ in the ‘Shia’–it’s not ‘Sia’ =)

  4. JaNNaH says:

    wah.. congrats.. :]

    take care there..

  5. Anonymous says:

    bgdr

  6. Anonymous says:

    congrats

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: