Reformasi Status Quo

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Sebahagian kakitangan dan pelajar pascasiswazah SSS yang sama-sama menjayakan majlis jamuan keraian PEREKA 2009

15 Julai (Pejabat Am, SSS): Pencapaian SSS dalam PEREKA 2009, bukan sahaja membanggakan, tetapi turut melakar sejarah tersendiri. Buat pertama dalam siri PEREKA UMS, sekolah dari gugusan non-sains menduduki carta teratas dalam senarai pungutan pingat. Dengan sejumlah 15 pingat (2 Emas, 6 Perak dan 7 Gangsa), SSS mengatasi pencabar tradisi iaitu Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat (SKTM) — yang menduduki tempat kedua dengan pungutan 13 pingat. Ini adalah satu reformasi status quo PEREKA 2008, di mana ketika itu SSS hanya menduduki tempat ke-2 (10 pingat), manakala SKTM menduduki senarai teratas (14 pingat).

Sehubungan dengan kejayaan kontijen SSS dalam PEREKA 2009, satu jamuan keraian telah diadakan di Pejabat Am, SSS. Jamuan nasi briyani istimewa dari Restoren Taliban ini telah ditaja bersama oleh semua pemenang pingat dalam PEREKA 2009. Ini adalah tanda ucapan terima kasih para peserta terhadap sokongan penuh pihak sekolah, sama ada daripada kalangan staf pentadbiran mahupun akademik. Tahniah kepada para peserta, dan terima kasih untuk semua!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Para pemenang Pingat Emas PEREKA 2009 (wakil SSS: Pn. Irma Wani, En. Oliver, Dr. Ramzah dan PM Dr. Balakrishnan) bergambar bersama YB Datuk Masidi Manjun, Menteri Kementerian Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar

One Response to Reformasi Status Quo

  1. […] output terpenting untuk mengukur kualiti sesebuah penyelidikan. Terbukti bahawa SSS bukan sekadar ’sekolah pingat’ semata-mata. We do have the capacity to go beyond the sparkling […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: