SSS: bukan sekadar ‘menara gading’

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kumpulan penyelidik sedang mencanai halatuju akhir bagi projek Sabah Priority Issues (Setting the Course for Change), dan membina asas permulaan bagi penyelidikan ‘Sabah: OneMalaysia’

22 Julai 2009 (Bilik Mesyuarat Dekan, SSS): Pasukan penyelidik bagi projek penerbitan buku Sabah Priority Issues, yang diketuai oleh Prof. Dr. Sabihah Osman, berhimpun dalam satu wacana yang bertujuan menentukan halatuju akhir. Semasa sesi ini, Dr. Ramzah Dambul dan Pn. Marja Azlima Omar telah membentangkan bahagian ‘Introduction Chapter: Sabah Priority Issues’ dan ‘Conclusion Chapter: Setting the Course for Change’. Dua bab tersebut (klik sini) merupakan perspektif holistik (latarbelakang isu) serta rumusan bagi keseluruhan 6 bab utama yang telah dihasilkan sebelum ini (i.e. membincangkan pelbagai isu spesifik).

Selepas pembentangan projek ‘Sabah Priority Issues’ (yang telah memasuki fasa akhir) — diskusi diteruskan lagi dengan membincangkan asas penyelidikan bagi sebuah projek susulan, iaitu ‘Sabah: OneMalaysia’. Ilham projek ini dicetuskan oleh kunjungan Dr. Chandra Muzaffar (yang juga merupakan Pengarah Yayasan OneMalaysia) ke Sekolah Sains Sosial baru-baru ini. Kedua-dua projek penyelidikan ini (Sabah Priority Issues dan Sabah: OneMalaysia) adalah ikhtiar Sekolah Sains Sosial untuk menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi — dalam ertikata, penyelidikan yang relevan kepada masyarakat dan negara. Terutama sekali, yang mempunyai hubungan langsung dengan persekitaran lokal Sabah — sesuai dengan reputasi UMS sebagai ‘Universiti Rakyat’.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: