Menoleh Sejarah Kenegaraan

August 29, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

28 Ogos 2009 (Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3) — 9.30am: Di bawah inisiatif Prof. Madya Dr. Ismail Ali (Program Sejarah), sebuah lagi wacana akademik yang melibatkan tokoh sarjana luar telah diusahakan. Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam telah membicarakan secara ilmiah sebuah tajuk yang sangat kontemporari, relatif kepada senario politik semasa negara, iaitu: “Ketuanan Melayu dan Bumiputera, serta Kontrak Sosial dari perspektif Sejarah Sabah”. Majlis ilmu ini yang mendapat sambutan hangat daripada kalangan staf dan pelajar UMS, merupakan anjuran bersama Sekolah Sains Sosial dan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB). Pada akhir acara, Dekan PPIB, Prof. Madya Dr. Andreas Totu telah menyampaikan cenderamata kepada pewacana.


Masih Lagi Mengimrahkan Ramadhan

August 29, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

28 Ogos 2009 (Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3) — 8.30am: Siri ceramah untuk mengimrahkan Ramadhan al-mubarak diteruskan dengan sebuah lagi pengisian rohani di Sekolah Sains Sosial. Kali ini Ustaz Israq (pensyarah PPIB) telah sudi untuk berkongsi sebuah wacana keagamaan, yang relevan untuk meningkatkan kualiti ibadah puasa.


Langkah Pragmatik

August 28, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Prof. Madya Dr. Balakrishnan Parasuraman & En. Roslee Hj Abbas

Sekalung Tahniah, diucapkan kepada dua orang penyelidik SSS yang telah berjaya menjalin kolaborasi penyelidikan dengan dua organisasi luar. Ini adalah langkah pragmatik dalam memacu budaya penyelidikan di menara gading. Bukan sahaja dalam konteks menjana sumber dana daripada luar, tetapi yang lebih penting, usaha ini merapatkan hubungan SSS dengan agensi-agensi eksternal (khususnya di Sabah), agar penyelidikan-penyelidikan yang dijalankan lebih relevan kepada masyarakat setempat.

Prof. Madya Dr. Balakrishnan Parasuraman (Program Hubungan Industri) telah mengikat Read the rest of this entry »


Warkah Raja-Raja

August 24, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Prof. Dr. Ahmat Adam berkongsi sebuah wacana sejarah berjudul, “Warkah Raja-Raja Melayu”. Majlis ilmu ini dihadiri kakitangan akademik daripada beberapa buah sekolah: termasuk SSS, PPIB dan SPE.

21 Ogos 2009 (Bilik Mesyuarat Utama) — 2.30pm: Di bawah penyelarasan Prof. Dr. Ismail Ali, satu program bicara ilmu dalam bidang sejarah telah diadakan. Tetamu jemputan adalah seorang tokoh akademik yang disegani di Malaysia, iaitu mantan Dekan Pusat Penataran Ilmu & Bahasa (UMS), Prof. Dr. Ahmat Adam. Beliau terkenal dengan kaedah analisis dan gaya penyampaian yang provokatif. Selepas berakhir bicara ilmu yang berlangsung hampir 2 jam, Prof. Madya Dr. Asmady Idris (Dekan, SSS) menyampaikan cenderamata kenangan kepada pembicara.


Mengimrahkan Ramadhan

August 24, 2009


Sila klik video untuk mendengar beberapa sedutan daripada ceramah yang sungguh menarik dan mencelikkan jiwa ini.

21 Ogos 2009 (Bilik Mesyuarat Utama, 9.00am): Sekali lagi Kelab Rekreasi dan Kebajikan mengambil langkah proaktif sempena ketibaan bulan Ramadhan. Penceramah yang tidak asing lagi kepada komuniti Sekolah Sains Sosial, Ustaz Hj. Muchlis telah diundang untuk berkongsi pelbagai pesanan dan peringatan. Majlis ini, yang dipengerusikan oleh Dr. Aliakabar Gulasan, telah Read the rest of this entry »


Mercutanda Signifikan

August 21, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pertemuan antara pasukan penyelidik (SSS, UMS) dan pegawai-pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia — semasa dalam proses ‘bidding’ projek penyelidikan CENSUS-PATRON 2009

Kata pepatah Melayu: kalau tidak dipecahkan ruyung, mana mungkin dapat sagunya. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Begitu juga dalam konteks dana penyelidikan. It never comes easy. We have to (work hard, and) earn it.

Tahniah diucapkan kepada pasukan penyelidik CENSUS-PATRON 2009 yang berjaya memperoleh dana penyelidikan sebanyak RM200,000.00 Read the rest of this entry »


Serumpun Bak Serai

August 21, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
19 Ogos 2009 (9.00am): Mesyuarat Sekolah Bil 2/2009 berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama (BMU) dengan satu sejarah istimewa. Ini adalah penggunaan rasmi yang pertama untuk BMU selepas menjalani proses naiktaraf. Dekan SSS, Prof. Madya Dr. Asmady Idris turut mengucapkan tahniah kepada semua pensyarah yang telah berjaya memperoleh PhD, dan mengalu-alukan Read the rest of this entry »