Jelajah Bakti ke Pantai Timur

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

24-28 Julai 2009 (SMK Merotai Besar, Tawau): Seperti yang telah diwarwarkan, Program Jelajah Delegasi Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan salah satu daripada aktiviti kemahasiswaan yang dijalankan oleh mahasiswa dan mahasiswi Sekolah Sains Sosial di bawah seliaan Persatuan Mahasiswa Sekolah Sains Sosial dan dianjurkan bersama pihak Universiti Malaysia Sabah. Ia adalah satu program kemahasiswaan berbentuk motivasi kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan umum. Pengarah program adalah Azuana Hanapa daripada program Geografi tahun 3 bersama-sama 19 orang pelajar Sains Sosial yang terdiri daripada pelajar tahun 2 dan 3 dari semua program Sekolah Sains Sosial.

Program tersebut diiringi oleh dua orang pensyarah Hubungan Industri iaitu En. Mahadirin Ahmad dan Pn. Kee. Y. Sabariah Kee Mohd Yussof. Bersesuaian dengan cogan kata Universiti Malaysia Sabah iaitu “Bertekad Cemerlang”, Program Jelajah UMS memperlihatkan kesungguhan dan komitmen para peserta untuk memberi galakan kepada para pelajar sekolah untuk berjaya dalam peperiksaan yang bakal mereka hadapi kelak disamping melakukan promosi UMS kepada para pelajar.

Dengan penglibatan peserta /pembimbing daripada kesemua bidang pengkhususan di Sekolah Sains Sosial, program ini dapat menggabungkan idea dan pengalaman, selain dapat mengakrabkan lagi ikatan setiakawan dalam Sekolah Sains Sosial. Selain itu juga, matlamat program ini adalah untuk memperkenalkan lagi penduduk Tawau tentang UMS khususnya Sekolah Sains Sosial. Program ini pastinya dapat memberikan peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi Sekolah Sains Sosial khususnya menyumbang ilmu pengetahuan dan membina satu keperibadian yang mantap sebagai identiti warga Sekolah Sains Sosial.

3 Responses to Jelajah Bakti ke Pantai Timur

  1. JaNNaH says:

    wahhh.. 🙂 miss the memories there.. smk merotai mmg sporting bahh..

  2. iiman87 says:

    segala kerjasama amtla d hargai..huhu..syukran smua

  3. JaNNaH says:

    ehehehe.. yerpp.

Leave a comment