Mercutanda Signifikan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pertemuan antara pasukan penyelidik (SSS, UMS) dan pegawai-pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia — semasa dalam proses ‘bidding’ projek penyelidikan CENSUS-PATRON 2009

Kata pepatah Melayu: kalau tidak dipecahkan ruyung, mana mungkin dapat sagunya. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Begitu juga dalam konteks dana penyelidikan. It never comes easy. We have to (work hard, and) earn it.

Tahniah diucapkan kepada pasukan penyelidik CENSUS-PATRON 2009 yang berjaya memperoleh dana penyelidikan sebanyak RM200,000.00 daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Usaha membida projek ini telah diselaraskan oleh Dr. Ramzah Dambul, di bawah portfolio penyelidikan SSS. En. Mokhtarruddin Ahmad bertindak sebagai Ketua Projek, dan beliau dibantu oleh para penyelidik prinsipal yang terdiri daripada: En. Suhaimi Salleh, En. Lee Kuok Tiung, Pn. Irma Wani Othman, En. Oliver V. Eboy dan En. Saat Awang Damit.

Usaha untuk mendapatkan dana projek ini bermula seawal minggu pertama Julai. Ia dimulai dengan proses pembentukan pasukan penyelidik utama, mesyuarat sumbang-saran dan penulisan proposal. Pembentangan proposal rasmi kepada pihak SKMM telah berlangsung pada 30 Julai 2009 di Dialog Meja Bulat CeRGIS (Aras 1, SSS). Pada minggu ke-2 Ogos, pihak SSS mendapat pengesahan bahawa usaha bidaan telah diterima. Proses menandatangani penyerahan dana dan kolaborasi penyelidikan secara rasmi akan dimeterai dalam waktu terdekat.

Dalam suasana ekonomi masakini, di mana dana penyelidikan MOSTI dan KPT sangat terhad — kejayaan SSS mendapatkan dana dengan magnitud seperti ini boleh dianggap satu mercutanda penyelidikan yang signfikan. Bukan sahaja dalam konteks SSS, bahkan pada peringkat UMS. Semoga pencapaian ini boleh memberi inspirasi kepada kumpulan penyelidik lain di SSS untuk terus berusaha mencari peluang kolaborasi penyelidikan dengan pelbagai pihak.

Projek ini menjurus kepada kajian berimpak tinggi (policy-oriented research) bagi aspek penggunaan media di Sabah (tajuk spesifik dirahsiakan atas permintaan penaja dana). Ia melibatkan 26 orang penyelidik — yang merupakan gabungan tenaga senior dan junior. Tahniah diucapkan kepada En. Mokhtarruddin Ahmad dan ahli-ahli penyelidik prinsipal yang telah memberi komitmen penuh sepanjang usaha melobi dana.

2 Responses to Mercutanda Signifikan

  1. […] dalam aspek pencarian dana penyelidikan. Tiga projek kolaborasi telah dimeterai, termasuklah sebuah projek berskala mega. Semoga momentum ini akan diteruskan sehingga ke hujung tahun. Boleh atau tidak, segalanya terletak […]

  2. […] Aras 3): Langkah pertama bermula. Mesyuarat sulung bersama semua ahli kumpulan penyelidik projek CENSUS-PATRON 2009 berlangsung dengan satu taklimat ringkas daripada Penyelaras Logistik (Dr. Ramzah Dambul) dan Ketua […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: