Langkah Pragmatik

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Prof. Madya Dr. Balakrishnan Parasuraman & En. Roslee Hj Abbas

Sekalung Tahniah, diucapkan kepada dua orang penyelidik SSS yang telah berjaya menjalin kolaborasi penyelidikan dengan dua organisasi luar. Ini adalah langkah pragmatik dalam memacu budaya penyelidikan di menara gading. Bukan sahaja dalam konteks menjana sumber dana daripada luar, tetapi yang lebih penting, usaha ini merapatkan hubungan SSS dengan agensi-agensi eksternal (khususnya di Sabah), agar penyelidikan-penyelidikan yang dijalankan lebih relevan kepada masyarakat setempat.

Prof. Madya Dr. Balakrishnan Parasuraman (Program Hubungan Industri) telah mengikat kolaborasi penyelidikan dengan Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) Investors Consultative Committee, iaitu sebuah badan berkanun di bawah tadbir-urus Kerajaan Negeri Sabah. Kajian yang diusulkan bersabit dengan aspek sumber tenaga buruh, iaitu : “Survey on Manpower Planning and Training Requirement”. Manakala En. Roslee Abbas pula telah berjaya mendapat dana penyelidikan berjumlah RM15,000 bagi projek berjudul: “An Exploratory Research on Learning Styles of Children with Autism”. Penyelidikan ini adalah satu kolaborasi bersama CHILD (Caring and Helping Individuals Learn and Develop) Resource Centre.

Nampaknya Ogos 2009 merupakan bulan produktif bagi Sekolah Sains Sosial dalam aspek pencarian dana penyelidikan. Sehingga kini, tiga penyelidikan kolaborasi telah dimeterai, termasuklah sebuah projek berskala mega. Semoga momentum ini akan diteruskan sehingga ke hujung tahun. Boleh atau tidak, segalanya terletak pada usaha dan iltizam komuniti penyelidik/akademik Sekolah Sains Sosial sendiri!

10 Responses to Langkah Pragmatik

  1. Marja says:

    Tahniah buat PM Dr Bala dan Encik Roslee. Semoga objektif kajian dapat dicapai dengan jayanya🙂

  2. JaNNaH says:

    tahniah..🙂

  3. Ahmad, M says:

    Syabas dan tahniah

  4. jurry says:

    Tahniah PM Dr. Bala dan En. Roslee

  5. tumanggong says:

    Tahniah PM Dr. Bala..
    Semoga penyelidikan ini akan menjadi penyelidikan yang mantap…

  6. JaNNaH says:

    sa harap dpt jd mcm ne nnt..

  7. Dr Bala says:

    We are one family in SSS. Lets work together.

  8. Velan Kunjuraman says:

    Well done Prof Bala and Dr Roslee, keep it up and may god bless you always.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: