Kunjungan ke C.H.I.L.D

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

21 Ogos 2009 (Kg. Likas) — 8.30am – 1.00pm: Pada cuti pertengahan semester yang lalu, pelajar-pelajar kursus Sistem Kekeluargaan,tahun 1, dari program Sosiologi dan Antropologi Sosial telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Persatuan C.H.I.L.d. yang terletak di Kampung Likas. Lawatan ini dianggotai oleh seramai 49 orang Tahun 1 program Sosiologi dan Antropologi Sosial dan diiringi oleh Encik Roslee bin Abbas, iaitu pensyarah kursus Sistem Kekeluargaan.

Objektif utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kehidupan kanak-kanak di Pusat C.H.I.L.D iaitu dari segi pendidikan, keperluan fizikal dan mental,rohani serta rutin harian kanak-kanak tersebut dalam menghadapi cabaran dalam era globalisasi ini. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk melatih para pelajar menjalankan penyelidikan dengan menggunakan beberapa kaedah saintifik seperti kaedah pemerhatian,pengumpulan data,menganalisis data dan seumpamanya. Ia juga bertujuan untuk menyuntik semangat kesukarelwan dikalangan pelajar-pelajar yang semakin hari semakin kurang melibatkan diri dalam kerja-kerja kesukarelawan.

Rombongan lawatan telah bertolak dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada pukul 8.00 pagi dengan menggunakan bas awam. Perjalanan ke Persatuan C.H.I.L.D hanya mengambil masa 15 minit sahaja dari UMS. Setibanya kami di sana,kanak-kanak di Persatuan tersebut sedang berhimpun di kawasan lapang di pusat tersebut. Kami terpegun melihat beberapa orang kanak-kanak begitu bersemangat menyanyikan lagu Negaraku walaupun mereka serba kekurangan berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain.

Oleh kerana kertas kerja kami masih belum disahkan lagi, maka kedatangan kami telah mengejutkan penyelaras Persatuan C.H.I.L.D. Walaubagaimanapun, kedatangan kami tetap disambut dengan baik. Kami tidak dibenarkan untuk berinteraksi dengan kanak-kanak di situ kerana sebab-sebab yang tertentu . Walaupun kami tidak dapat berinteraksi secara langsung dengan kanak-kanak autisme ini, pengetahuan dan pengalaman berada di Persatuan C.H.I.L.D sudah cukup dalam memperkayakan ilmu berhubung dengan autisme. Justeru itu, kami dibenarkan untuk melakukan kerja-kerja amal dan gotong-royong di pusat persatuan C.H.I.L.D. dengan bimbingan dan tunjuk ajar dari En.Roslee. Kami telah ditugaskan untuk menghias dan membersihkan sekitar kawasan tersebut. Antara aktiviti-aktiviti yang kami lakukan ialah mengecat batu hiasan,menyapu daun-daun kering,dan menghias taman. Melalui aktiviti-aktiviti ini, secara tidak langsung kami dapat mengeratkan hubungan sesama pelajar dan juga bersama pensyarah.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Pada pukul 12.00 tengah hari, kerja-kerja pembersihan dan gotong-royong telahpun siap. Walaupun agak keletihan, kami tetap bergembira kerana kami dapat membantu persatuan C.H.I.L.D secara tidak langsung melalui kerja amal yang kami lakukan. Setelah berehat beberapa minit,kami pun menikmati makanan tengah hari yang telah kami tempah di Kolej Kediaman E. Setelah selesai makan tengah hari,pengarah projek iaitu saudara Mohammad Lufti bin Mohamad memberikan cenderahati kenang-kenangan sambil disaksikan oleh pensyarah Sistem kekeluargaan,Iaitu En.Roslee bin Abbas. Rombongan lawatan bertolak balik ke UMS tepat pukul 1.00 petang iaitu selepas pelajar-pelajar Muslim menunaikan solat Zohor di masjid berdekatan.

Kesimpulannya,melalui lawatan ini kami telah mencapai objektif lawatan kami ke Persatuan C.H.I.L.D dan sekaligus mengeratkan lagi hubungan sesama rakan-rakan pelajar yang lain. Kami berharap semoga lawatan seumpama ini dapat diadakan lagi di masa akan datang.

Laoran Oleh: ANJELLYN ANAK WILLIAM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: