Outreach Program

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

10hb September 2009 (SMK Kemabong, Tenom): UMS sebagai sebuah institusi pengajian tinggi di negeri Sabah tidak dapat dipisahkan dengan penglibatan dalam perkhidmatan komuniti luar bandar. Masyarakat luar bandar memerlukan sokongan dan panduan dari pihak university agar dapat mendidik anak-anak yang kurang berada dan tidak berupaya untuk memperolehi pendidikan tinggi seperti mana dinikamti pelajar-pelajar di sekolah sekitar Bandar besar seperti Kota Kinabalu. Ini merupakan satu lagi sumbangan khidmat komuniti warga SSS, terutama dalam aspek meningkatkan aktiviti ‘outreach program’.

Atas usaha dua orang guru pelatih Cikgu Che Mat Ridwan dan Cikgu Goh dari Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial (SPPS) yang sedang menjalani latihan mengajar di SMK Kemabong, Tenom telah menjemput Profesor Madya Dr Balakrishnan Parasuraman dari Program Hubungan Industri, Sekolah Sains Sosial, UMS untuk memberi satu ceramah pendidikan dan kerjaya kepada pelajar Tingkatan 4 and Tingkatan Enam Rendah. Acara ini diadakan pada 11 september 2009 di Dewan Besar, SMk Kemabong. Jumlah pelajar yang mengikuti ceramah ini ialah lebih kurang 300 orang pelajar. Guru-guru yang mengajar Tingkatan 4 and Tingkatan 6 Rendah juga terlibat dalam ceramah ini. Dalam kesempatan ini, Dr Bala berbicara dengan beberapa alumni UMS yang sedang bekerja sebagai seorang guru di sekolah ini. Mereka berasa bangga belajar di UMS kerana kualiti pengajian yang tinggi yang setaraf dengan universiti-universiti lain.

Dalam ceramah tersebut, Dr Bala telah memberi beberapa panduan menghadapi peperiksaan SPM dan STPM serta membincangkan peluang-peluang pendidikan di UMS terutama program-program yang ditawarkan di Sekolah Sains Sosial. Pada amnya Pengetua SMK Kemabong, Cikgu Rashidie memberi sokongan penuh dalamhal kebajikan pelajar dan guru. Pada masa akan datang, pihak pengurusan sekolah akan melawat UMS bagi mengetahui lebih lanjut tentang program pengajian dan suasana pembelajaran yang konduksif.

Khidmat masyarakat seperti ini perlu dipikul oleh ahli akademik agar anak-anak kita yang tinggal di luar bandar boleh mendapat faedah dari program seperti ini. Pihak pengurusan dan ahli-ahli akademik dari Sekolah Sains Sosial akan terus memberi sokongan dalam perkara-perkara ini.

One Response to Outreach Program

  1. Anonymous says:

    keep it up ums

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: