Penghujung Oktober 2009 di SSS

October 31, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
30 Oktober 2009 (3pm) Bilik Mesyuarat Dekan
: Mesyuarat Eksekutif pembentangan cadangan belanjawan 2010 bagi setiap program.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
30 Oktober 2009 (9am) Bilik Mesyuarat Utama
: Mesyuarat Hal Ehwal Latihan Industri, yang membincangkan beberapa isu berbangkit dan mod perlaksanaan latihan industri bagi pelajar-pelajar SSS (Program Hubungan Antarabangsa, Sosiologi dan Antropologi Sosial, Komunikasi dan Hubungan Industri).

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
29 Oktober 2009 (11am) Bilik Mesyuarat Dekan
: Proses terakhir memurnikan buku Sabah Priority Issues (Setting the Course for Change), diselaraskan oleh Prof. Dr. Sabihah Osman (Ketua Projek).

Advertisements

Sanggar Bestari

October 28, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tiga orang penyelidik SSS mendapat slot pengiktirafan dalam keluaran terbaru P & I Bulletin (edisi September 2009), iaitu buletin rasmi bagi hal-ehwal penyelidikan dan inovasi di UMS. Prof. Madya Dr. Read the rest of this entry »


Mencanai Minda

October 28, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

27 Oktober 2009 (Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3): Wacana ilmu diteruskan dengan sesi Seminar Pascasiswazah, dan Seminar Berkala SSS. Pembentang pertama ialah untuk mengisi slot Seminar Pascasiswazah SSS. Sdra. Ali Maksum (calon MA di bawah seliaan PM Dr. Mohd Noor Mat Yazid) berkongsi kemajuan penyelidikan sarjana beliau yang berjudul, “Perubahan Struktur Politik Antarabangsa dan Kesannya Terhadap Hubungan Malaysia-Indonesia”.

Pembentang kedua pula ialah Read the rest of this entry »


CENSUS-PATRON 2009, eksplorasi bermula

October 28, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

26 Oktober 2009 (Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3): Langkah pertama bermula. Mesyuarat sulung bersama semua ahli kumpulan penyelidik projek CENSUS-PATRON 2009 berlangsung dengan satu taklimat ringkas daripada Read the rest of this entry »


Bintang Hati UMS

October 24, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

“Saya menerima anugerah ini kerana
adanya sokongan anda semua.”

Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Kamaruzaman Ampon,
Mesyuarat Pagi UMS, 23 Oktober 2009

Seluruh warga Sekolah Sains Sosial ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Kamaruzaman Ampon kerana telah dikurniakan darjah kebesaran tertinggi dalam hierarki Negeri Sabah, iaitu Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima. Majlis penganugerahan rasmi berlangsung pada 24 Oktober 2009 (Sabtu), bertempat di Istana Negeri. Pengiktirafan untuk Datuk Seri Panglima adalah kebanggaan kita semua.

Semoga bintang kebesaraan ini bakal menjadi simbol yang dapat mengukuhkan lagi imej dan reputasi UMS sebagai sebuah gedung ilmu tersohor di Negeri di Bawah Bayu.


Wacana Merentas Pelbagai Disiplin

October 22, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

20 & 21 Oktober 2009 (Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3): Empat lagi pembentangan kertaskerja dalam siri wacana Sekolah Sains Sosial. Dalam kesibukan menjalankan khidmat komuniti dan pelbagai acara kemahasiswaan: SSS tetap tegar pada fungsi utamanya sebagai penyebar syiar ilmu. Kertaskerja pertama pada minggu ini dibincangkan pada 20 Oktober (Selasa) berjudul “Community Input for the Governance of Indigenous Peoples’ and Community Conserved Areas” oleh Prof. Madya Dr. Fadzilah Majid-Cooke. Pada 21 Oktober (Rabu) pula, tiga lagi kertaskerja Read the rest of this entry »


Finale Public Speaking 2009

October 22, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

20 Oktober 2009 (Foyer Sekolah Sains Sosial): Dengan tema ‘variasi etnik Sabah’, kumpulan PBB daripada pelajar Tahun 2 Program Hubungan Antarabangsa, menutup tirai aktiviti Public Speaking 2009 dengan kejutan yang menarik! Aktiviti telah dijalankan selama satu hari, seawal jam 9am hingga 5pm. Ia bermula pada sesi pagi dengan acara forum (menampilkan dua panel daripada Program Hubungan Antarabangsa — iaitu Prof. Madya Dr. Asmady Idris, dekan SSS sendiri, dan Prof. Madya Dr. Mohd Noor Mat Yazid), debat olok-olok oleh pasukan debat UMS dan seterusnya acara Public Speaking pada sesi petang.

Aktiviti ini merupakan finale Read the rest of this entry »