Lawatan Ilmu ke Persatuan C.H.I.L.D

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

17 Ogos 2009 (Likas, Kota Kinabalu): Pelajar-pelajar Program Sosiologi & Antropologi (tahun 2), 45 orang mahasiswa telah mengadakan lawatan ke persatuan C.H.I.L.D, Likas sebahagian daripada projek lawatan sambil belajar untuk kursus Sistem Kekeluargaan yang dikendalikan oleh Encik Roslee Bin Haji Abbas. Tujuan sebenar adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang pengurusan dan pembelajaran kanak-kanak autisma menerusi Institusi kekeluargaan iaitu bermaksud mempelajari sifat dan tingkahlaku kanak-kanak autisma, dan pengetahuan baru serta mencurahkan bakti/khidmat masyarakat kepada tempat tersebut.

Persatuan C.H.I.L.D adalah destinasi yang cukup sesuai untuk para pelajar di beri pendedahan tentang situasi apabila berada dalam kelompok kanak-kanak yang mengalami autisma. Sistem kekeluargaan merupakan satu subjek yang mempelajari bagaimana institusi kekeluargaan atau institusi luar memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah dan perilaku seseorang individu. Selain itu, kursus sistem kekeluargaan ini juga mendedahkan tentang dugaan dan cabaran dalam sesebuah rumahtangga serta kaedah-kaedah menangani konflik keluarga.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Di samping itu, pelajar dapat mempelajari kepentingan keluarga dalam membentuk tingkah laku ahli keluarga khususnya kanak-kanak yang diterapkan oleh ibubapa. Sehubungan itu, sistem keluarga sebenarnya ingin membentuk keluarga yang bahagia dan harmoni. Kanak-kanak autisma merupakan kanak-kanak yang mempaunyai tingkahlaku yang berbeza dari kanak-kanak normal. Justeru itu, institusi luar seperti Persatuan C.H.I.L.D yang mendidik kanak-kanak autisma ini memainkan peranan penting dalam membentuk perkembangan pemikiran, emosi dan tingkahlaku abnormal kepada normal.

Secara keseluruhannya, Program Mahasiswa Melawat Persatuan C.H.I.L.D di Likas telah berjalan dengan jayanya. Para peserta yang terlibat telah memberikan kerjasama yang sangat memberangsangkan. Selain itu, objektif yang telah ditetapkan untuk program ini telah dapat dicapai di mana para pelajar telah memahami tentang Sosialisasi Semula iaitu penerimaan masyarakat terhadap kanak-kanak autisma. Para pelajar juga telah dapat melakukan kaedah pemerhatian di dalam penyelidikan terhadap kanak-kanak autisma dan mengaplikasikan teknik temubual terhadap tenaga pengajar di Persatuan C.H.I.L.D.

Selain itu, para pelajar dapat menambah ilmu pengetahuan tentang kanak-kanak autisma dan dapat mengeratkan silaturrahim antara peserta dengan kanak-kanak authism, tenaga pengajar, dan sesama sendiri. Kami mengharapkan program yang penuh berilmu seperti ini dapat dijalankan lagi. Bagi pihak semua pelajar kursus Sistem Keluargaan kami merakamkan ribuan terima kasih kepada Pensyarah kami iaitu En.Roslee Bin Haji Abbas yang telah memberikan peluang mendedahkan kami sebagai agen sosialisasi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: