Menyambut Lebaran di Dataran

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
16 Oktober 2009 (Dataran Dewan Canselor) 9am-1pm: Sejarah sambutan Idul Fitri tercipta di Universiti Malaysia Sabah. Buat pertama kali, UMS mengadakan sambutan hari raya dengan konsep “rumah “SPIU terbuka”. Idea kreatif ini ternyata berjaya menonjolkan suasana Idul Fitri yang bukan sahaja lebih meriah; bahkan lebih santai dan turut memupuk semangat pertandingan yang sihat. Sebanyak 22 gerai di bawah naungan pelbagai jabatan dan SPIU di UMS telah mengadakan ‘gerai terbuka’ di perkarangan Dewan Canselor dengan pelbagai konsep menarik yang kreatif. Pertandingan ‘gerai terbaik’ turut diadakan yang telah dimenangi oleh Sekolah Pengajian Seni.

Di bawah penyelarasan Penolong Pendaftar, Pn. Nurhanieyati serta gandingan para kakitangan am di pejabat — Sekolah Sains Sosial muncul dengan konsep Gerai Ala Kampung yang menghidangkan sajian aneka cucuk satay. Idea ini telah menjadikan gerai SSS sebagai salah satu gerai yang paling popular dengan kunjungan yang tidak henti-henti. Selain daripada kakitangan am, para pensyarah turut membantu dalam persiapan, terutamanya semasa melayan para tetamu. Dr. Mohammad Tahir Mapa (Timbalan Dekan Akademik dan HEP) dengan penuh semangat setinggi awan telah menunjukkan bakat ‘penghidang satey’ yang unggul. Semoga kerjasama intim yang terjalin ini, untuk sebuah projek kelolaan PP, akan diteruskan dalam projek-projek lain kerana sesungguhnya kedua-dua portfolio ini seperti ‘aur dengan tebing’. Saling memerlukan, saling mendambakan!

Tahniah kepada SSS terutama sekali kumpulan kakitangan sokongan yang telah bertungkus-lumus membuat persiapan sehingga melewati tengahmalam dalam hujan yang sangat lebat — demi mengangkat kemeriahan Idul Fitri di Gerai Ala Kampung Sekolah Sains Sosial!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: