Finale Public Speaking 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

20 Oktober 2009 (Foyer Sekolah Sains Sosial): Dengan tema ‘variasi etnik Sabah’, kumpulan PBB daripada pelajar Tahun 2 Program Hubungan Antarabangsa, menutup tirai aktiviti Public Speaking 2009 dengan kejutan yang menarik! Aktiviti telah dijalankan selama satu hari, seawal jam 9am hingga 5pm. Ia bermula pada sesi pagi dengan acara forum (menampilkan dua panel daripada Program Hubungan Antarabangsa — iaitu Prof. Madya Dr. Asmady Idris, dekan SSS sendiri, dan Prof. Madya Dr. Mohd Noor Mat Yazid), debat olok-olok oleh pasukan debat UMS dan seterusnya acara Public Speaking pada sesi petang.

Aktiviti ini merupakan finale bagi program Public Speaking 2009, dan majlis penangguhan rasmi telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Asmady Idris, Dekan Sekolah Sains Sosial. Turut memeriahkan program selama sehari ini adalah sekumpulan pelajar SMK Tamparuli, yang menunjukkan bakat seni dengan mempersembahkan dua tarian — iaitu Zapin dan Daling-Daling. Tahniah diucapkan kepada Pn. Marja Azlima Omar (selaku penyelaras aktiviti) serta semua AJK yang telah menjayakan acara yang sungguh menarik ini!

4 Responses to Finale Public Speaking 2009

  1. PERMASES says:

    Hubungan antarabangsa dan geografi saja yang aktif. Program lain tak ader aktiviti ker?

  2. mawar berduri says:

    Bagi pihak kumpulan, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang turut hadir pd hari tersebut. Tanpa sokongan darpd kalian, program ini x akan berjaya..

    Dan tidak lupa jutaan terima kasih yg x terhingga kpd Pn Marja atas sokongan, dorongan, dan inspirasi yang puan berikn kepada kmi selama ini akan kmi ingat smpai bila2..

    dan utk adik2 jnr Ir pd sem depan, moga2 korg suma ble lakukn yg lebih baik utk sesi public speaking yg mendatang..

    Akhir kata, terima kasih wat suma…arigato qozimasu..

  3. JaNNaH says:

    salam.. tahniah utk adik2 INTEREL year 2 2009.. hihi.. memang bez la apa yang korang buat tuh.. ending yang sangat baik utk public speaking 2009.. akak enjoy sgt3.. keep it up coz next sem banyak lagi yang menuntut komitmen adik2 semua dalam membuat aktiviti berkumpulan..

    Puan Marja memang seorang yang kreatif dalam mengasah bakat kita semua.. gtu juga dengan pensyarah2 lain.. love u all..

    PERMASES : rasanya semua program ada xtvt cuma mereka yang x minta disiarkan saja kot..🙂

  4. rahman ha15 says:

    pehhh tahniah la junior ku…hahaha korang pn ade idea yang gempak…bagus…mesti puan bangga

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s