Kerjalapangan dan Outreach Program di Ranau

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
17-18 Oktober 2009 (SMK Ranau, Kg. Kituntul Baru & Kg. Kinapulidan): Para pelajar Tahun 2 Program Geografi yang mengambil kursus Pengantar Klimatologi telah bereksplorasi di Ranau. Aktiviti selama dua hari ini dijayakan oleh 35 orang mahasiswa, dan merupakan “projek 2 dalam 1”. Selain menjalankan kerjalapangan di Kg. Kituntul Baru dan Kg. Kinapulidan, para pelajar juga telah mengadakan program outreach di SMK Ranau. Seramai lebihkurang 100 orang pelajar sekolah terlibat dalam program.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah: ceramah oleh wakil Jabatan Alam Sekitar (JAS) cawangan Sabah tentang isu pemanasan global serta kepentingan konsep 3R (reduce, reuse, recycle), pameran pelbagai aspek alam sekitar (bahan-bahan juga dibekalkan oleh JAS), latihan dalam kumpulan (penumpuan kepada aspek motivasi dan pengetahuan alam sekitar), serta pertandingan kreativiti (i.e. ciptaan kreatif daripada bahan-bahang terbuang/terpakai serta persembahan kesenian). Majlis penutup program ini telah dirasmikan oleh pengarah Pendidikan Daerah Ranau.

Program seumpama ini merupakan usaha pihak Sekolah Sains Sosial untuk menerapkan proses pembangunan karektor dan kemahiran insaniah dalam kursus-kursus akademik, sebagaimana yang disarankan oleh falsafah pendidikan negara. Di samping itu, program outreach seperti ini mengukuhkan lagi hubungan UMS dengan komuniti Sabah, khususnya dari kawasan luar bandar. Ini amat bertepatan dengan reputasi UMS sebagai ‘Universiti Rakyat’.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s