Bengkel Climate Change di Taiwan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

12-21 November 2009 (Tainan, Taiwan): Dr. Ramzah Dambul telah menghadiri satu bengkel pembangunan kapasiti untuk bidang penyelidikan impak perubahan iklim anjuran START (The Global Change SysTem for Analysis, Research and Training). Program yang dikenali sebagai Advanced Training Workshop on Southeast Asia Regional Climate Change and Health Issues telah berlangsung di Zenda Suites (sebuah premis seminar milik National Cheng Kung University). Seramai 20 saintis dari Malaysia, Singapura, India, Taiwan, Thailand, Indonesia, Philipina dan Vietnam telah terpilih untuk mengikuti program yang ditaja sepenuhnya oleh START dan Taiwan National Science Council.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sepanjang 8 hari berbengkel, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai teknik penyelidikan terkini dalam menilai impak perubahan iklim terhadap kesihatan. Para peserta juga mendapat peluang melawat dua institut penyelidikan di Taiwan (Academia Sinica dan Tainan Science Park), dan membuat tinjauan langsung kemudahan fizikal dan modus operandi pengurusan kedua-dua institut tersebut.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
The winning group: Hung (Vietnam), Nidhi (India), Srithaya (Thailand), Yi-Chen (Taiwan) and Ramzah (Malaysia)

Selain itu, para peserta turut terlibat aktif dalam diskusi kumpulan, khususnya dalam aspek kolaborasi penyelidikan serantau. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan, dan pada akhir bengkel – setiap kumpulan telah membentangkan proposal penyelidikan regional yang dinilai oleh tiga orang saintis START. Kumpulan yang diwakili oleh Dr. Ramzah Dambul telah membentangkan proposal bertajuk, “Linking Climate Types With Ecological and Epidemiological Vulnerabilities in Southeast Asia”. Proposal ini (klik sini) telah dipilih sebagai cadangan penyelidikan dan pembentangan terbaik.

Dr. Ramzah Dambul kini dalam proses menyelaraskan koordinasi bersama ahli-ahli kumpulan dari Taiwan, India, Thailand dan Vietnam untuk menambahbaik proposal tersebut bagi tujuan mendapatkan dana penyelidikan. Rakan kolaborator kalangan tenaga akademik UMS (dan SSS khususnya) turut dialu-alukan untuk serta. Sila email Dr. Ramzah Dambul.

One Response to Bengkel Climate Change di Taiwan

  1. Anonymous says:

    Dear Dr Ramzah,
    Congratulations. Hope you will international research grant.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: