Promosi Semasa SSS

March 24, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
“Everyone has their own dream. People who don’t dream or do not have dreams are crazy.” Latif Lai (Scotland)

Abdul Latif Lai, seorang kakitangan akademik SSS yang sedang sejuk dan kesunyian memulakan perjuangan di utara jauh — Stirling (Scotland) — menjemput anda semua berkongsi cetusan rasa dalam Blog MySpectacles. Sila klik ikon di atas atau klik sini Read the rest of this entry »


Informasi Penyelidikan & Inovasi

February 5, 2008

Sdr/i Warga SSS,
Sekadar untuk berkongsi beberapa maklumat terkini berhubung dengan Penyelidikan & Inovasi, UMS. Pada 24hb Januari 2008 yang lalu saya telah menghadiri mesyuarat J/Kuasa Penyelidikan Bil 1/2008 [mewakili Dekan SSS]. Berikut adalah beberapa makluman yang boleh diambil perhatian oleh sdr/i sekalian:

1. UMUM
Pusat Penyelidikan & Inovasi UMS, mulai Januari 2008 telah distruktur semula pentadbirannya bagi tujuan pemantapan dan pengukuhan peranannya:

Nama Pusat:
Pusat Penyelidikan & Inovasi [Portfolio TNC P&I, Prof Datuk Dr Kamaruzaman Hj Ampon]

Pusat P&I kini mempunyai 3 unit pentadbiran yang setiap satunya diketuai oleh seorang Pengarah bertanggungjawab kepada TNC P&I. Unit-unit tersebut ialah:
a. Pusat Pengurusan Penyelidikan [Pengarah, Prof Dr Rosnah Ismail]
b. Pusat Pengurusan Intrumentasi & Pengkalan Data [Pengarah, belum dilantik]
c. Pusat Pengurusan Inovasi [Pengarah, Prof Dr Awang Bono]

Read the rest of this entry »


Koridor Pembangunan Sabah

January 30, 2008

Ia dilancarkan betul-betul pada ‘detik dan situasi’ yang boleh mencetuskan pelbagai spekulasi. Justeru, (seperti yang dijangka) ia mengundang perbahasan yang sangat hangat di mana-mana. Adakah ia benar-benar satu agenda sosio-ekonomi semantap siri-siri Rancangan Malaysia? Atau hanya satu retorik pembangunan? Bahkan, ada yang menghujahkan bahawa ia hanya satu provokasi politik, sebab itu ia dilancarkan sejurus sebelum pembubaran parlimen. Sekadar satu umpan pilihanraya, begitu?

Itu semua adalah persoalan-persoalan subjektif, yang barangkali sukar untuk menemukan sebarang jawapan pasti. Kerana ia dibauri motif dan sentimen politik.

Bagi komuniti akademik, Koridor Pembangunan Sabah (KPS) menjanjikan pelbagai sudut kajian yang menarik. Sama ada bersifat pra-operasi atau pasca-operasi. Sila lawati laman rasmi Koridor Pembangunan Sabah di sini. Untuk men-download dokumen KPS, sila klik sini (brosur) dan klik sini (blue-print lengkap).


THE 6TH INTERNATIONAL MALAYSIAN STUDIES CONFERENCE (MSC6)

January 22, 2008

5-7 August 2008

5-7 August 2008
[Those interested must submit an abstract of about 150 words to the MSC6 Secretariat latest by 15 March 2008]

Theme:
Engaging Malaysian Modernity: 50 Years and Beyond

Venue:
Crowne Plaza Hotel
Kuching, Sarawak, Malaysia

Since its inception, the primary objective of the biennial Malaysian Studies Conference (MSC) is to bring together scholars, both Malaysians and Malaysianists, for the purpose of scholarly exchange and interaction based on their research findings and reflections on Malaysia. The MSC also aims to analyse issues and problems relating to contemporary Malaysia, and to compare the Malaysian experience with that of various countries in the world, especially that of Malaysia’s neighbours. For MSC6 in particular, taking advantage of it being held in Sarawak, it is hoped that special attention is given to Borneo as part of Malaysian studies.

Further details, please click here.


Kunjungan Pakar Ekonomi Dunia

January 7, 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Prof. Jeffrey D. Sachs, pakar ekonomi terulung dunia (sila klik sini), akan berkunjung ke Universiti Malaysia Sabah pada awal tahun 2008. Beliau yang ketika ini menyandang Kursi Profesor Diraja Ungku Aziz (Universiti Malaya) akan berbicara dan berdialog tentang kemiskinan dalam konteks Sabah.

Dialog ini dianjurkan bersama oleh Sekolah Sains Sosial, Pusat Penyelidikan dan Inovasi serta Sekolah Perniagaan dan Ekonomi. Butir-butir lanjut bagi program dialog ini adalah:

Tempat : Galeri (Bangunan Canselori, UMS)
Tarikh : 7 Januari 2008 (Isnin)
Masa : 3.30pm — 5.30pm
Kehadiran : Jemputan luar khas &
semua warga akademik UMS

Untuk maklumat lanjut berhubung program ini, sila berhubung dengan Dr. Rosazman Hussin (pengarah) atau Pn. Jalihah Md. Shah (penyelaras publisiti).

Dialog ini juga adalah lanjutan gerak-kerja dalam usaha untuk mencari potensi kolaborasi bagi penyelidikan tentang kemiskinan di Sabah (sila klik sini).


gEgAr UmS! GeGaR saBaH! geGAR borNEO!

December 26, 2007

Buat pertama kali di Borneo Utara, Sekolah Sains Sosial (UMS) dengan megah membawakan:

Festival Filem & Video Pelajar Malaysia

……yang akan berlangsung daripada 29 Disember 2007 hingga 6 Januari 2008. Pengisian menarik termasuklah bengkel FINAS, tayangan dan diskusi filem, pameran serta ujibakat filem (oleh FINAS). Acara kemuncak Malam Anugerah akan diadakan di Dewan Canselor bermula jam 7.30pm pada 6 Januari 2008.

Selebriti dan karyawan tersohor tanahair akan menggegarkan UMS sepanjang minggu festival. Siapakah mereka? That is for everyone to find out. 🙂 But here are some obvious clues:

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tayangan perdana sebuah filem istimewa juga sudah diaturkan sempena festival ini. Sebuah filem yang wajib ditonton dan anda pasti teruja!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Persiapan Jawatankuasa Pengelola sedang meniti hari-hari terakhir. Ia adalah gandingan tenaga pelbagai pihak: kakitangan akademik, staf sokongan, pelajar pascasiswazah dan prasiswazah.

Semua warga universiti khususnya, dan warga Sabah umumnya: anda dialu-alu untuk sama-sama memeriahkan festival yang julung-julung kali berlangsung di Sabah ini.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
En. Saat & TNC HEP

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Mesyuarat JK Induk pada 17 Disember 2007

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 088-320000 ext 1811/1820/1778.


Informasi Rencam

December 9, 2007

Sukan antara staf UMS berlangsung daripada 8 hingga 16 Disember 2007. Sekolah Sains Sosial merupakan sebahagian daripada kontijen D’Arts. Untuk menghubungi wakil-wakil penyertaan sukan D’Arts, sila klik sini. Jadual penuh sukan pula boleh dilihat di sini.

Beberapa info terbaru tentang persidangan dan tawaran geran penyelidikan/fellowship boleh dibaca di notice-board dan fail khas Timbalan Dekan (P & I) di kawasan ruang santai pejabat am. Antara yang terbaru Read the rest of this entry »