Berita Semasa

May 11, 2009

Perkembangan terbaru kakitangan akademik, pentadbiran dan sokongan Sekolah Sains Sosial…

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Dr. Aliakbar Gulasan (Program Geografi) menamatkan pengajian PhD dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Dr. Dayang Suria Hj. Mulia (Program Sosiologi dan Antropologi Sosial) juga menamatkan pengajian PhD dari sebuah universiti di Amerika Syarikat.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Dr. Maureen De Silva (Program Sejarah) kembali bertugas secara rasmi, daripada cuti belajar (pengajian PhD) di sebuah universiti di United Kingdom.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Pn. Analiza Silvarius (PA Dekan) kembali bertugas setelah menghabiskan tempoh cuti bersalin. Beliau juga, baru-baru ini, telah selamat menamatkan pengajian peringkat sarjana muda (Pengajian Luar Kampus UMS).


Patah Tumbuh, Hilang Berganti

May 7, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Simbolik penyerahan tugas sambil disaksikan oleh Dekan dan Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi)

5 April 2009 (Bilik Mesyuarat Dekan, Aras 1): Seorang kakitangan sokongan SSS, Cik Scholastica Sahinun, telah diraikan dalam satu majlis yang sederhana tetapi cukup bermakna sempena perpindahan beliau ke Pusat Remote Sensing dan GIS. Beliau telah mula bertugas di Pejabat Am (SSS) semenjak Februari 2006. Semoga Cik Es akan meneruskan prestasi cemerlang dalam bidang kerjaya baharu.


Selamat Datang

January 26, 2009

2 Januari, 2009: Tahun 2009 disambut oleh Sekolah Sains Sosial dengan kehadiran dua orang kakitangan sokongan yang baharu, iaitu En. Pandikar Endar (Andi) dan Pn. Zahanim Razali (Hanim). Kedua-dua mereka melapor diri untuk bertugas pada hari pertama bekerja tahun 2009. Andi akan membantu pemantauan penggunaan alat-alat bantu mengajar (i.e. LCD dan laptop), manakala Hanim (buat sementara) akan menggantikan Cik Julita menyelia-urus Pusat Sumber SSS yang terletak di aras bawah.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Hanim dan Andi memulakan tugas di SSS pada 2 Januari 2009

Pertambahan kakitangan sokongan ini merupakan satu berita baik kepada SSS yang selama ini sangat kekurangan sumber manusia. Mungkinkah ini rezeki tahun baharu, sebagai tuah susulan daripada kelahiran 9 bayi di SSS pada tahun 2008?


Memurnikan Penghayatan Tatanegara

November 28, 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
TYT Yang Dipertua Negeri Sabah: adakah hanya satu simbolik atau ianya sebuah institusi yang memegang mandat lebih besar? Inilah antara persoalan yang dikupas semasa Majlis Bicara Sejarah anjuran bersama Arkib Negara Malaysia (Cawangan Sabah) dan Universiti Malaysia Sabah.

28 November 2008 [8.30am], Galeri, Bangunan Canselori: Tiga orang tokoh dalam pelbagai bidang telah membicarakan tentang peranan dan fungsi institusi TYT Yang Dipertua Negeri Sabah dalam konteks pentadbiran, perlembagaan, perundangan dan nilai-nilai kedaulatan negeri. Tokoh-tokoh tersebut adalah Read the rest of this entry »


Raptai Majlis ‘Bicara Sejarah’

November 27, 2008

Nota: Sila klik video untuk menonton montaj Majlis Bicara Sejarah 2008: “Memartabatkan Institusi TYT”.

27 November 2008 [10.30am], Galeri, Bangunan Canselori: Satu raptai telah diadakan bagi mempastikan kelancaran perjalanan majlis Bicara Sejarah (Insitusi TYT), anjuran bersama Arkib Negara Malaysia dan Sekolah Sains Sosial (UMS). Jawatankuasa UMS (yang turut dibantu oleh UMTP dan BPK), serta pihak Arkib Negara Malaysia telah sama-sama turun padang bagi meninjau dan memperhalusi perjalanan acara.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Jalinan kerjasama erat di antara tenaga UMS dan Arkib Negara Malaysia semasa raptai


Dekat tapi jauh!

November 5, 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Dalam ucapannya, Tuan Hj. Md. Hassan menyatakan: “Terasa UMS ini sangat dekat, TETAPI jauh!”

4 November 2008 [10am], SSS: Rombongan seramai 7 orang guru dan 36 murid Tahun 6 (yang baru menamatkan UPSR), dari SK Pengiran Siti Hapsah (Karambunai), telah berkunjung ke SSS. Majlis dimulakan dengan ucapan pengenalan oleh kedua-dua wakil, Prof. Madya Dr. Asmady Idris (Dekan SSS) dan Tuan Haji Md. Hassan (Guru Besar SKPSH). Kemudian diikuti dengan pertukaran cenderamata. Acara tersebut disusuli Read the rest of this entry »


Misi Penangah 2008

September 23, 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Sebahagian ahli rombongan Misi Penangah bersama pensyarah pengiring, Dr. Mohammad Tahir Mapa, En. Wan Shawaluddin Wan Hassan dan En. Aliakbar Gulasan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

13-15 September 2008, Kg. Penangah: Reputasi UMS sebagai “universiti rakyat” tidak boleh berdiri hanya atas kata-kata retorik. Ia harus direalisasikan di medan sebenar. Sekumpulan warga Sekolah Sains Sosial, i.e. paduan tenaga pelajar dan kakitangan akademik, telah mengangkat citra varsiti ini menerusi “Misi Penangah 2008”. Read the rest of this entry »