Perkongsian Fikrah

February 27, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

24hb Februari (9am, Bilik Mesyuarat CeRGIS, Aras 1): Rombongan dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah berkunjung ke SSS untuk mendapatkan maklumat dan gambaran tentang sistem dan organisasi sekolah. UTHOM sedang dalam rangka untuk menubuhkan sebuah fakulti khas yang menjurus kepada bidang non-kejuruteraan, dan lebih bersifat kemanusiaan.

Diketuai oleh Dr. Hussain Othman Read the rest of this entry »

Advertisements

Memurnikan Penghayatan Tatanegara

November 28, 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
TYT Yang Dipertua Negeri Sabah: adakah hanya satu simbolik atau ianya sebuah institusi yang memegang mandat lebih besar? Inilah antara persoalan yang dikupas semasa Majlis Bicara Sejarah anjuran bersama Arkib Negara Malaysia (Cawangan Sabah) dan Universiti Malaysia Sabah.

28 November 2008 [8.30am], Galeri, Bangunan Canselori: Tiga orang tokoh dalam pelbagai bidang telah membicarakan tentang peranan dan fungsi institusi TYT Yang Dipertua Negeri Sabah dalam konteks pentadbiran, perlembagaan, perundangan dan nilai-nilai kedaulatan negeri. Tokoh-tokoh tersebut adalah Read the rest of this entry »


Penyelidikan Kemiskinan di Sabah

November 20, 2007

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Asalamualaikum dan salam sejahtera semua rakan penyelidik di Universiti Malaysia Sabah;

Mesyuarat bagi membincangkan cadangan penyelidikan Kemiskinan di Sabah akan diadakan seperti berikut:

Tarikh   : 22 November 2007 (Khamis)
Tempat : BMU, SSS (Tingkat 3)
Masa     : 9.30 am

Semua yang berminat untuk turut serta dalam penyelidikan dijemput hadir. Kehadiran anda semua sangatlah dihargai.

Sila klik sini untuk membaca cadangan awal bagi penyelidikan tersebut.

Mesej daripada:
Dr Rosazman Hussin
Penyelaras Penyelidikan Kemiskinan

Jemputan ini terbuka kepada semua warga Universiti Malaysia Sabah tanpa mengira bidang kepakaran. Harap maklum.


D’ Arts Siap Siaga!

November 19, 2007

DArts: Together We Conquer!

Tagline rasmi pasukan D’ Arts (kombinasi Librari dan semua SPIU aliran sastera/kemanusiaan).

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Logo Muktamad D’Arts 2007: Klik untuk imej besar

Sukan Staf UMS 08-16 Disember 2007

Sila klik sini untuk info lanjut

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Seminar Pasca: Isu & Gambar

October 27, 2007

Gambar-gambar sekitar Seminar Pascasiswazah SSS pada 24 Oktober 2007 (sila klik gambar untuk paparan besar/optima).

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Dikongsikan bersama di sini beberapa petikan komen (i.e. cadangan dan pandangan) daripada para pensyarah dan pelajar berhubung program Seminar Pascasiswazah Sekolah Sains Sosial. Untuk konteks penuh komen-komen mereka, sila klik sini.

En. Paul Porodong (Pensyarah, ANSOS) tentang ‘prinsip asas’: “Perdebatan ilmiah khususnya dalam Sains Sosial sebenarnya bukan untuk mencari penyelesaian, tetapi untuk mengetengahkan alternatif-alternatif untuk menjelaskan fenomena sosial. Jika demikian, tidak timbul satu jalan sahaja dan tidak timbul juga satu jawapan tunggal untuk semua permasalahan.”

Cik Dg. Suria Mulia (Pensyarah, ANSOS) tentang ‘expectation’: “….but if our graduate students do not even know the components/the important aspects of an acceptable proposal (research problems, theoretical perspectives, methodology et cetera), how can we expect that they will, at the end, produce a good research….”

Pn. Marja Azlima Omar (Pensyarah, Hubungan Antarabangsa) tentang ‘alternative solution’: “Perhaps, we should have seminars at program level before the student presents their proposal at the school level. Petty and minor mistakes could be identified before hand (during presentation at program level).”

Cik Narsyatika Adira (Calon Sarjana Sejarah, Semester I) tentang ‘perdebatan’: “….mungkin cara beliau (En. Nordi Archie, Penyelia) menyampaikan ilmu-ilmu itu, dengan nada yang tegas sedikit, maka cara penerimaan ilmu itu berlainan pada setiap individu.”

PS: Sekembali daripada bertugas di luar pejabat nanti, Timbalan Dekan P & I akan memberi ulasan dan penjelasan tentang beberapa perkara yang berkait hal-ehwal pengurusan seminar pasca yang telah dibangkitkan (misalnya, isu tentang kekerapan seminar, etc).


Diskusi: Penyelidikan BBEC

October 23, 2007

MEMO DARIPADA: Pn. Jurry Foo

SEMUA WARGA SSS DIJEMPUT MENYERTAI TEAM PENYELIDIKAN BBEC 2 (Bornean Biodiversity and Ecosystem Conservation)

TEMA KAJIAN

Secara am, tema-tema yang dipilih boleh memberi peluang kepada semua ahli program di Sekolah Sains Sosial, tanpa mengira disiplin. Tema-tema kajian merangkumi:

1. Sejarah dan latar belakang budaya penduduk di kawasan kajian – merujuk kepada identifikasi kebudayaan, amalan, kebiasaan dan apa yang membentuk budaya (kerana budaya adalah pembentuk corak hidup manusia).

2. Peranan migrasi dalam pembentukan identiti budaya komuniti – merujuk kepada kepentingan dan pengaruh migrasi kepada pembentukan budaya, kebiasaan dan amalan masyarakat di kawasan kajian. Bagaimana sosialisasi migran dengan penduduk tempatan membentuk satu identiti kaum. Mungkin juga perangkaan pendudukan mengikut tren mobiliti penduduk.

3. Pengaruh unsur persekitaran [fizikal dan manusia] terhadap pembangunan sosial khusunya pendidikan [formal dan tidak formal] di kawasan kajian – merujuk kepada bagaimana unsur fizikal seperti cuaca, iklim, bencana, tumbuhan dan haiwan, bentuk muka bumi; serta unsur manusia seperti budaya, bahasa, kepercayaan dan seumpamanya mempengaruhi tahap pendidikan formal dan tidak formal penduduk di kawasan kajian.

Read the rest of this entry »


Diskusi: Maskot dan Logo HAKUMS ke-8

October 6, 2007

Sang Payau

Sebagaimana yang dimaklumi, Sekolah Sains Sosial telah dipilih sebagai penyelaras utama bagi program Hari Keluarga UMS kali ke-8, yang dijadualkan akan berlangsung pada April 2008. Dalam mesyuarat yang lalu, pihak sekolah telah bersetuju dengan ketetapan tema, iaitu: Santai Sama-Sama. Sila klik sini [Kertas Cadangan (HAKUMS 8)] untuk melihat salinan kertaskerja program ini (mengandungi rangka konsep, senarai AJK dan tarikh cadangan). 

Maskot yang dicadangkan ialah ‘payau’ (dengan nama ‘Sang Payau’). Logo masih dalam proses perbincangan. Justeru, mohon buah fikir semua warga SSS untuk sama-sama menyumbang kepada perbincangan tentang ketetapan muktamad untuk maskot dan logo. Rujuk sirkulasi email yang dikirim oleh Penolong Pendaftar pada 4 Oktober 2007.

Selamat berdiskusi!

PS: Lukisan payau dalam entri ini hanya diguna untuk maksud hiasan. Ia bukan cadangan logo untuk HAKUMS 2008. 🙂