Langkah Bermula

July 3, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Selamat Datang Mahasiswa/i Baru SSS

1 Julai 2009 (DKP A2 & Sekitar Sekolah Sains Sosial): Sekolah Sains Sosial menyambut kedatangan seramai lebihkurang 350 orang mahasiswa/i baru, ambilan sesi 2009/2010. Acara dimulakan di DKP A2 pada jam 9.00am dengan ucapan amanat dan pengenalan SSS oleh Prof. Madya Dr. Asmady Idris, Dekan Sekolah Sains Sosial. Ia kemudian disusuli dengan tayangan video aktiviti SSS, yang diselaraskan oleh Cik Intan Soliha Ibrahim (pelajar pascasiswazah Program Komunikasi). Penamat bagi segmen pagi di DKP A2 adalah ceramah motivasi bertajuk “Bagaimana Mengharungi Kehidupan Sebagai Mahasiswa”, yang disampaikan oleh Pn. Marja Azlima Omar (Program Hubungan Antarabangsa).

Aktiviti pada sebelah petang diteruskan di Sekolah Sains Sosial dengan sesi suai-mesra intra-program dan taklimat kursus. Kemudian diteruskan dengan ‘acara treasurehunt’ berbentuk interaksi — yang dikendalikan oleh fasilitator pascasiswazah SSS. Gambar-gambar sekitar acara boleh Read the rest of this entry »


Sedetik Langkah, Sejauh Perjalanan

July 5, 2008


Sekolah Sains Sosial
bukan sekadar gedung ilmu
ia sebuah taman kehidupan,
tempat tumbuh seribu pengalaman
tempat mekar sejuta kenangan.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

3 Julai 2008 (11am), DKPA1 (UMS): Sekolah Sains Sosial mengalu-alukan kehadiran kumpulan pelajar baru bagi kemasukan sesi 2008/2009, seramai lebihkurang 250 orang dari seluruh negara. Sambutan hari pertama diisi dengan acara pengenalan sekolah dan kakitangan oleh Prof. Madya Dr. Asmady Idris, Dekan Sekolah Sains Sosial. Read the rest of this entry »