Kunjungan Tokoh Dunia

December 8, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

29 November 2009: Sekolah Sains Sosial sungguh bertuah kerana mendapat kunjungan seorang sarjana terkemuka dan tokoh hak asasi sedunia, Prof. Richard Falk. Beliau kini memegang portfolio sebagai Rapporteur Khas kepada PBB khusus untuk isu-isu bersabit hak asasi penduduk Palestine. Tokoh ini telah berdiskusi secara tertutup dengan beberapa orang tenaga akademik di UMS, bersabit hal-ehwal hak asasi dalam konteks akademik. Kedatangan beliau bersama isterinya adalah inisiatif Prof. Dr. Sabihah Osman dan Program Hubungan Antarabangsa, menerusi jalinan usahasama dengan Dr. Chandra Muzaffar.


Finale Public Speaking 2009

October 22, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

20 Oktober 2009 (Foyer Sekolah Sains Sosial): Dengan tema ‘variasi etnik Sabah’, kumpulan PBB daripada pelajar Tahun 2 Program Hubungan Antarabangsa, menutup tirai aktiviti Public Speaking 2009 dengan kejutan yang menarik! Aktiviti telah dijalankan selama satu hari, seawal jam 9am hingga 5pm. Ia bermula pada sesi pagi dengan acara forum (menampilkan dua panel daripada Program Hubungan Antarabangsa — iaitu Prof. Madya Dr. Asmady Idris, dekan SSS sendiri, dan Prof. Madya Dr. Mohd Noor Mat Yazid), debat olok-olok oleh pasukan debat UMS dan seterusnya acara Public Speaking pada sesi petang.

Aktiviti ini merupakan finale Read the rest of this entry »


Dasar Ekonomi Obama?

October 16, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
15 Oktober 2009 (Bilik Mesyuarat Utama) — 2.15pm: Wakil dari Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, En. Matt J. Matthews (Kaunselor Hal Ehwal Ekonomi) telah berkunjung ke UMS untuk memberikan satu ceramah khas berhubung dasar-dasar luar Amerika Syarikat di bawah Read the rest of this entry »


Perspektif Ilmu daripada Pengamal Sebenar

October 15, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

12 Oktober 2009 (Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3) — 2.30pm: Para pelajar Program Geografi di bawah kursus perancangan bandar (yang dikendalikan oleh Pn. Harifah Mohd Noor) telah berpeluang mengikuti Read the rest of this entry »


Forum Hubungan Industri

October 5, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

2 Oktober 2009 (Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3) 2.00pm: Pelajar Program Hubungan Industri di bawah seliaan Prof. Madya Dr. Balakrishnan Parasuraman telah menganjurkan satu simposium khas yang dinamakan — Forum On Comparative Industrial Relations: PLWS in JAPAN, MALAYSIA, INDONESIA and SINGAPORE. Majlis wacana ini telah Read the rest of this entry »


SSS(UMS)-TUFS Joint Seminar

October 5, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

28 September 2009 (Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3) 2.00pm: Untuk kali ke-3, sekali lagi Program Sosiologi dan Antropologi Sosial (ANSOS) menyelaraskan penganjuran seminar tahunan School of Social Sciences (UMS)-Tokyo University of Foreign Studies Joint Seminar [Exchange Lecture by Japanese and Malaysian Anthropologists]. Kolaborasi wacana bersama Read the rest of this entry »


Wacana Filem

September 10, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

9hb September 2009 (Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3) 10am: Satu wacana filem berjudul “Antara Isu dan Cabaran” telah disampaikan oleh Sdr. Jurey Latiff Rosli, iaitu pengarah dan produser filem. Pewacana merupakan pengarah kepada filem ‘Libas’ yang bakal ditayangkan pada tahun 2010. Majlis ini telah dipengerusikan oleh En. Syahruddin Awg Ahmad dan merupakan anjuran Program Komunikasi. Ia dihadiri oleh para pelajar Program Komunikasi dan beberapa orang pensyarah Sekolah Sains Sosial.