Selepas Hujan Ribut

September 28, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Cermin-cermin yang tersungkap, pohon-pohon yang tumbang

Gambar di atas memaparkan sebahagian panorama sekitar Sekolah Sains Sosial pada 28 September 2009 (Isnin), selepas berlaku hujan ribut pada malam sebelumnya. Anomali cuaca begini adalah satu ciri lazim pada musim perantaraan monsun (Mac-April; September-Oktober). Pertukaran suhu udara secara mendadak Read the rest of this entry »


Menoleh Sejarah Kenegaraan

August 29, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

28 Ogos 2009 (Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3) — 9.30am: Di bawah inisiatif Prof. Madya Dr. Ismail Ali (Program Sejarah), sebuah lagi wacana akademik yang melibatkan tokoh sarjana luar telah diusahakan. Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam telah membicarakan secara ilmiah sebuah tajuk yang sangat kontemporari, relatif kepada senario politik semasa negara, iaitu: “Ketuanan Melayu dan Bumiputera, serta Kontrak Sosial dari perspektif Sejarah Sabah”. Majlis ilmu ini yang mendapat sambutan hangat daripada kalangan staf dan pelajar UMS, merupakan anjuran bersama Sekolah Sains Sosial dan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB). Pada akhir acara, Dekan PPIB, Prof. Madya Dr. Andreas Totu telah menyampaikan cenderamata kepada pewacana.


Memurnikan Penghayatan Tatanegara

November 28, 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
TYT Yang Dipertua Negeri Sabah: adakah hanya satu simbolik atau ianya sebuah institusi yang memegang mandat lebih besar? Inilah antara persoalan yang dikupas semasa Majlis Bicara Sejarah anjuran bersama Arkib Negara Malaysia (Cawangan Sabah) dan Universiti Malaysia Sabah.

28 November 2008 [8.30am], Galeri, Bangunan Canselori: Tiga orang tokoh dalam pelbagai bidang telah membicarakan tentang peranan dan fungsi institusi TYT Yang Dipertua Negeri Sabah dalam konteks pentadbiran, perlembagaan, perundangan dan nilai-nilai kedaulatan negeri. Tokoh-tokoh tersebut adalah Read the rest of this entry »


Seminar “Food Crisis”: oleh Bapak Herry Suhardianto

May 13, 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

“Global Food Crisis: Disaster or Opportunity?” merupakan tajuk syarahan umum yang telah berlangsung pada Sabtu, 10 Mei 2008 bertempat di Bilik Galeri UMS, Bangunan Canselori. Syarahan umum tersebut disampaikan oleh Bapak Dr. Ir. Herry Suhardianto, iaitu rektor Bogor Agricultural University, Indonesia. Majlis ini dihadiri oleh rombongan dari Bogor, Konsulat Indonesia, wakil agensi kerajaan negeri, orang awam, rombongan dari Insitut Pertanian Sabah serta warga UMS.

Read the rest of this entry »


Eksklusif: Pilihanraya Sabah, isu pembangunan jadi kunci!

February 27, 2008

Sesi temuramah paling eksklusif wartawan de SinggahSini (Cik Intan Soliha) bersama dengan pakar analisis politik, En. Zaini Othman (Program Hubungan Antarabangsa).

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Read the rest of this entry »