Berkongsi Isu Alam Sejagat

October 16, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
15 Oktober 2009 (Foyer SSS, 10am-5pm): Para pelajar kursus Klimatologi Asia Tenggara (di bawah penyelarasan Read the rest of this entry »

Advertisements

Kunjungan Ilmu

September 5, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

3hb September 2009 (Sekitar Sekolah Sains Sosial) 9am-12.30pm: Seramai 29 orang pelajar Tingkatan Enam Bawah dari SMK Bandaraya (Kota Kinabalu) telah berkunjung ke Sekolah Sains Sosial. Rombongan yang diiringi oleh tiga orang guru ini secara khususnya telah menumpukan lawatan kepada Program Geografi. Kedatangan mereka dialu-alukan oleh Dr. Ramzah Dambul (Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi), Read the rest of this entry »


Membina landasan mula

July 29, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Para pensyarah dan pelajar yang menjayakan Sesi Pembentangan Proposal Latihan Ilmiah (Geografi Tahun 3)

23 Julai 2009 (Makmal GIS & Makmal CeRGIS): Sebanyak 58 proposal latihan ilmiah prasiswazah telah dibentangkan, dan ia melibatkan semua pelajar Program Geografi Tahun 3 — daripada Gugusan Kemanusiaan dan Fizikal. Ini adalah tradisi tahunan Program Geografi sebagai satu mekanisme pemantauan untuk mempastikan kajian dan penulisan latihan ilmiah berjalan lancar. Sebagai kesinambungan kepada sesi pembentangan ini, semua pelajar akan mempersembahkan sekali lagi dapatan kajian dalam bentuk oral dan poster pada pertengahan Semester II Sesi 2009/2010 — dalam satu program wacana yang dikenali sebagai Persidangan Sains Ruang.


Community Mapping di Kg. Kipovo

April 3, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

23hb Mac 2009 (Kg. Kipovo, Penampang): Program Sosiologi dan Antropologi Sosial (ANSOS) telah menjalankan satu aktiviti bersama dengan Partners of Community Organisation (PACOS) yang dinamakan sebagai Program Pemetaan Komuniti (Community Mapping) di Kampung Kipovo, Penampang. Aktiviti ini telah disertai oleh semua pelajar ANSOS tahun dua iaitu seramai 48 orang pelajar termasuk dua orang pelajar tahun 3. Aktiviti ini adalah di bawah penyeliaan Professor Madya Dr. Fadzilah Majid Cooke Read the rest of this entry »


Lawatan ilmu ke Kampung Unggun Jaya, Menggatal

March 24, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

13hb Mac 2009 (Kg. Unggun Jaya, Menggatal): Ramai yang tidak mengetahui bahawa di bandar Kota Kinabalu yang sedang menerima anjakkan pembangunan, terdapatnya satu komuniti kampung yang masih berpaut dalam keadaan kesederhanaan untuk sama-sama mengikuti laluan modenisasi. Kampung Unggun Jaya terletak di Kota Kinabalu, Hanya beberapa kilometer dari Pusat Kota Kinabalu Industrial Estate (KKIP) adalah komuniti kampung yang dimaksudkan. Di hambat oleh berbagai-bagai anasir pemodenan, komuniti ini perlu terus bertahan dalam mengekalkan kualiti hidup mereka dan di situlah perlunya KEMAS.

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau KEMAS yang bernaung di bawah Read the rest of this entry »


Kembara Ilmu ke Papar

March 2, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

6hb Februari 2009 (Papar): Pembangunan luar bandar semakin menjadi agenda penting kerajaan dalam memacu pembangunan negara. Kawasan luar bandar yang pada masa dahulu kurang mendapat perhatian kini telah mula digembleng bagi meningkatkan produktivitinya untuk memenuhi keperluan pembangunan semasa, tidak kiralah program pembangunan yang direncanakan oleh pihak kerajaan Read the rest of this entry »


Festival Jepun SSS

February 27, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Dr. Mohammad Tahir Mapa (Timbalan Dekan, Akademik & Hal Ehwal Pelajar) mewakili Dekan SSS telah merasmikan majlis pembukaan Festival Jepun anjuran Kelab Hubungan Antarabangsa (SSS), di bawah seliaan Pn. Marja Azlima Omar

25hb Februari (Foyer SSS dan Sekitar Sekolah): Festival Jepun yang dianjurkan oleh Kelab Hubungan Antarabangsa (i.e. para pelajar yang mengambil Bahasa Jepun sebagai minor) telah berlangsung dengan suasana meriah. Ia menampilkan Read the rest of this entry »