KADAZANDUSUN CHAIR REPRESENTS UMS AT ICTM 40TH WORLD CONFERENCE IN SOUTH AFRICA

November 27, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

1 – 8 July 2009 (South Africa): Assoc. Prof. Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan, who holds the UMS Kadazandusun Chair, recently presented some of her ethnomusicological research on the ritual world of the Lotud Dusun of Tuaran, Sabah, at the ICTM 40th World Conference in South Africa.

ICTM (International Council for Traditional Music) is one of the major world bodies dealing with research in Ethnomusicology. Read the rest of this entry »


Mencanai Minda

October 28, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

27 Oktober 2009 (Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3): Wacana ilmu diteruskan dengan sesi Seminar Pascasiswazah, dan Seminar Berkala SSS. Pembentang pertama ialah untuk mengisi slot Seminar Pascasiswazah SSS. Sdra. Ali Maksum (calon MA di bawah seliaan PM Dr. Mohd Noor Mat Yazid) berkongsi kemajuan penyelidikan sarjana beliau yang berjudul, “Perubahan Struktur Politik Antarabangsa dan Kesannya Terhadap Hubungan Malaysia-Indonesia”.

Pembentang kedua pula ialah Read the rest of this entry »


Wacana Merentas Pelbagai Disiplin

October 22, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

20 & 21 Oktober 2009 (Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3): Empat lagi pembentangan kertaskerja dalam siri wacana Sekolah Sains Sosial. Dalam kesibukan menjalankan khidmat komuniti dan pelbagai acara kemahasiswaan: SSS tetap tegar pada fungsi utamanya sebagai penyebar syiar ilmu. Kertaskerja pertama pada minggu ini dibincangkan pada 20 Oktober (Selasa) berjudul “Community Input for the Governance of Indigenous Peoples’ and Community Conserved Areas” oleh Prof. Madya Dr. Fadzilah Majid-Cooke. Pada 21 Oktober (Rabu) pula, tiga lagi kertaskerja Read the rest of this entry »


Forum Hubungan Industri

October 5, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

2 Oktober 2009 (Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3) 2.00pm: Pelajar Program Hubungan Industri di bawah seliaan Prof. Madya Dr. Balakrishnan Parasuraman telah menganjurkan satu simposium khas yang dinamakan — Forum On Comparative Industrial Relations: PLWS in JAPAN, MALAYSIA, INDONESIA and SINGAPORE. Majlis wacana ini telah Read the rest of this entry »


Pembentangan Proposal Pascasiswazah

September 5, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

2hb September 2009 (Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3) 9am-11am: Seminar Pascasiswazah Sekolah Sains Sosial diteruskan dengan pembentangan proposal oleh dua orang lagi calon sarjana sastera, masing-masing daripada Program Hubungan Industri dan Geoagrafi. Umarwira Dandi yang diselia bersama oleh En. Fazli Hamid dan PM Dr. Mansur Kassim, membentangkan proposal bertajuk “Rekonstruksi Sistem Hubungan Industri: Hubungan Majikan Dengan Pekerja Mengikut Sarwa Islami”. Manakala Abdul Najal Punjung yang diselia oleh Dr. Ramzah Dambul membentangkan proposalnya yang bertajuk, “Pengetahuan Tradisional Aspek Klimatologi: Kajian Kes Masyarakat Bajau-Suluk di Tawau”.


Menoleh Sejarah Kenegaraan

August 29, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

28 Ogos 2009 (Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3) — 9.30am: Di bawah inisiatif Prof. Madya Dr. Ismail Ali (Program Sejarah), sebuah lagi wacana akademik yang melibatkan tokoh sarjana luar telah diusahakan. Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam telah membicarakan secara ilmiah sebuah tajuk yang sangat kontemporari, relatif kepada senario politik semasa negara, iaitu: “Ketuanan Melayu dan Bumiputera, serta Kontrak Sosial dari perspektif Sejarah Sabah”. Majlis ilmu ini yang mendapat sambutan hangat daripada kalangan staf dan pelajar UMS, merupakan anjuran bersama Sekolah Sains Sosial dan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB). Pada akhir acara, Dekan PPIB, Prof. Madya Dr. Andreas Totu telah menyampaikan cenderamata kepada pewacana.


Warkah Raja-Raja

August 24, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Prof. Dr. Ahmat Adam berkongsi sebuah wacana sejarah berjudul, “Warkah Raja-Raja Melayu”. Majlis ilmu ini dihadiri kakitangan akademik daripada beberapa buah sekolah: termasuk SSS, PPIB dan SPE.

21 Ogos 2009 (Bilik Mesyuarat Utama) — 2.30pm: Di bawah penyelarasan Prof. Dr. Ismail Ali, satu program bicara ilmu dalam bidang sejarah telah diadakan. Tetamu jemputan adalah seorang tokoh akademik yang disegani di Malaysia, iaitu mantan Dekan Pusat Penataran Ilmu & Bahasa (UMS), Prof. Dr. Ahmat Adam. Beliau terkenal dengan kaedah analisis dan gaya penyampaian yang provokatif. Selepas berakhir bicara ilmu yang berlangsung hampir 2 jam, Prof. Madya Dr. Asmady Idris (Dekan, SSS) menyampaikan cenderamata kenangan kepada pembicara.