Latihan Ilmiah: Proses Pemantauan

October 23, 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Para pelajar Tahun 3 Program Geografi tekun mengikuti sesi pembentangan kemajuan latihan ilmiah

23 Oktober 2008, BMU Aras 3 & Makmal GIS Aras Bawah [8.15am-4.30pm]: Sejak tiga sesi yang lalu, Program Geografi telah mengambil langkah mewajibkan semua pelajar membuat latihan ilmiah sebagai pra-syarat pengijazahan. Ini selaras dengan hasrat program untuk menjadikan pengajian di universiti sebagai medan memperkuatkan asas-asas ilmu bagi disiplin tertua ini. Dengan jumlah pelajar tahun akhir yang melebihi 60 orang, mekanisme pemantauan perkembangan latihan ilmiah yang efektif amatlah dituntut.

Bagi Program Geografi, salah satu metod Read the rest of this entry »


Awal Ogos, sepekan di SSS…

August 6, 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sepekan di sekitar SSS bersama pelbagai aktiviti [2-4 Ogos 2008]:

Program Hubungan Industri muncul sebagai program pertama pada Read the rest of this entry »


Sedetik Langkah, Sejauh Perjalanan

July 5, 2008


Sekolah Sains Sosial
bukan sekadar gedung ilmu
ia sebuah taman kehidupan,
tempat tumbuh seribu pengalaman
tempat mekar sejuta kenangan.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

3 Julai 2008 (11am), DKPA1 (UMS): Sekolah Sains Sosial mengalu-alukan kehadiran kumpulan pelajar baru bagi kemasukan sesi 2008/2009, seramai lebihkurang 250 orang dari seluruh negara. Sambutan hari pertama diisi dengan acara pengenalan sekolah dan kakitangan oleh Prof. Madya Dr. Asmady Idris, Dekan Sekolah Sains Sosial. Read the rest of this entry »


Khidmat Komuniti & Kerjalapangan di Ulu Sapi

April 22, 2008

Sejak tahun 2006, Program Geografi (UMS) telah mengasaskan satu modul istimewa bagi menyahut cabaran Kementerian Pengajian Tinggi untuk menerapkan elemen ‘kemahiran insaniah’ dalam sistem pengajaran dan pembelajaran. Modul ini dinamakan ‘Khidmat Komuniti’, iaitu satu program khas yang memberi peluang kepada para pelajar untuk menggabungkan kemahiran teori (dalam kelas) dengan kerja-kerja amal dalam masyarakat. Aktiviti ini selalunya diintegrasikan bersama dengan kerjalapangan bagi kursus-kursus yang ditawarkan dalam Program Geografi.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Pada 9-11 April 2008 bertempat di sebuah perkampungan di Sandakan, pelajar-pelajar kursus AG2263 (Pengurusan Eksosistem Persekitaran) telah mengadakan projek khidmat komuniti dan kerjalapangan. Kumpulan pelajar ini merupakan gabungan pelajar Geografi SSS dan SPPS, di bawah seliaan Pn. Jurry Foo.

Read the rest of this entry »


Bengkel Latihan Praktikum

April 18, 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Bengkel Latihan Praktikum sesi 2007/2008 telah diadakan di auditorium perpustakaan (UMS) pada 17 April 2008. Perasmian disempurnakan oleh Prof. Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin (Naib Canselor). Antara penceramah jemputan adalah: Dr Balan Rathakrishnan (Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial) — “Personality Test for the Career Development”, Dr Balakrishnan Parasuraman (SSS) — “Prosedur Latihan Praktikum”.

Selain itu, tiga ahli ALUMNI SSS yang berjaya dalam pelbagai bidang kerjaya: En Syafie Jafril (BTN), En Abd Haidi Abd Hamid (UMS) dan En Abdullah Mainih (Proseeka Corporatiion M sdn Bhd) turut dijemput untuk sesi forum kecemerlangan pelajar yang bertajuk “UMS: Peluang dan Cabaran”. Setelah selesai sesi ceramah dan forum, para pelajar dipecahkan mengikut program masing-masing untuk sesi bengkel penyediaan proposal.

Album gambar bagi Bengkel Latihan Praktikum 2008 boleh boleh dilihat di sini (Album 1) dan di sini (Album 2).

(Laporan dan gambar oleh: Stanley Suab)


Khidmat Komuniti & Kerjalapangan di Labuan

April 18, 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Pada 27 hingga 29 March 2008 para pelajar kursus AG2243 telah menganjurkan projek khidmat komuniti dan kerjalapangan di Wilayah Persekutuan Labuan. Kumpulan mahasiswa ini merupakan pelajar kursus Biogeografi, di bawah seliaan Pn. Jurry Foo. Program ini merupakan satu aktiviti penjanaan ilmu dan sebahagian inisiatif ke arah pembentukan nilai insaniah.

Read the rest of this entry »


Forum: Halatuju Hubungan Industri Malaysia

April 17, 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Satu forum dengan mauduk, “Halatuju Hubungan Industri di Malaysia” telah dianjurkan oleh Program Hubungan Industri pada 10 April 2008 (2-5pm) di Auditorium Perpustakaan, Universiti Malaysia Sabah. Seramai 160 orang pelajar dari Program Hubungan Industri dan Program Psikologi Industri menyertai forum ini. Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Dr Rosazman Hussin merasmikan forum tersebut bagi pihak Dekan Sekolah Sains Sosial.

Read the rest of this entry »