Kunjungan Tokoh Dunia

December 8, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

29 November 2009: Sekolah Sains Sosial sungguh bertuah kerana mendapat kunjungan seorang sarjana terkemuka dan tokoh hak asasi sedunia, Prof. Richard Falk. Beliau kini memegang portfolio sebagai Rapporteur Khas kepada PBB khusus untuk isu-isu bersabit hak asasi penduduk Palestine. Tokoh ini telah berdiskusi secara tertutup dengan beberapa orang tenaga akademik di UMS, bersabit hal-ehwal hak asasi dalam konteks akademik. Kedatangan beliau bersama isterinya adalah inisiatif Prof. Dr. Sabihah Osman dan Program Hubungan Antarabangsa, menerusi jalinan usahasama dengan Dr. Chandra Muzaffar.


Mencanai Minda

October 28, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

27 Oktober 2009 (Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3): Wacana ilmu diteruskan dengan sesi Seminar Pascasiswazah, dan Seminar Berkala SSS. Pembentang pertama ialah untuk mengisi slot Seminar Pascasiswazah SSS. Sdra. Ali Maksum (calon MA di bawah seliaan PM Dr. Mohd Noor Mat Yazid) berkongsi kemajuan penyelidikan sarjana beliau yang berjudul, “Perubahan Struktur Politik Antarabangsa dan Kesannya Terhadap Hubungan Malaysia-Indonesia”.

Pembentang kedua pula ialah Read the rest of this entry »


Wacana Merentas Pelbagai Disiplin

October 22, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

20 & 21 Oktober 2009 (Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3): Empat lagi pembentangan kertaskerja dalam siri wacana Sekolah Sains Sosial. Dalam kesibukan menjalankan khidmat komuniti dan pelbagai acara kemahasiswaan: SSS tetap tegar pada fungsi utamanya sebagai penyebar syiar ilmu. Kertaskerja pertama pada minggu ini dibincangkan pada 20 Oktober (Selasa) berjudul “Community Input for the Governance of Indigenous Peoples’ and Community Conserved Areas” oleh Prof. Madya Dr. Fadzilah Majid-Cooke. Pada 21 Oktober (Rabu) pula, tiga lagi kertaskerja Read the rest of this entry »


Finale Public Speaking 2009

October 22, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

20 Oktober 2009 (Foyer Sekolah Sains Sosial): Dengan tema ‘variasi etnik Sabah’, kumpulan PBB daripada pelajar Tahun 2 Program Hubungan Antarabangsa, menutup tirai aktiviti Public Speaking 2009 dengan kejutan yang menarik! Aktiviti telah dijalankan selama satu hari, seawal jam 9am hingga 5pm. Ia bermula pada sesi pagi dengan acara forum (menampilkan dua panel daripada Program Hubungan Antarabangsa — iaitu Prof. Madya Dr. Asmady Idris, dekan SSS sendiri, dan Prof. Madya Dr. Mohd Noor Mat Yazid), debat olok-olok oleh pasukan debat UMS dan seterusnya acara Public Speaking pada sesi petang.

Aktiviti ini merupakan finale Read the rest of this entry »


Dasar Ekonomi Obama?

October 16, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
15 Oktober 2009 (Bilik Mesyuarat Utama) — 2.15pm: Wakil dari Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, En. Matt J. Matthews (Kaunselor Hal Ehwal Ekonomi) telah berkunjung ke UMS untuk memberikan satu ceramah khas berhubung dasar-dasar luar Amerika Syarikat di bawah Read the rest of this entry »


Public Speaking ala Kesultanan Melaka

October 16, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

14 Oktober 2009 (Foyer Sekolah Sains Sosial) — 9am-5pm: Selepas tampil dengan gaya “Bollywood” pada hari sebelumnya, acara tradisi Program Hubungan Antarabangsa i.e. Public Speaking — menampilkan tema yang tidak kurang uniknya, iaitu “Kesultanan Melaka”. Kumpulan pelajar Read the rest of this entry »


Public Speaking ala Bollywood

October 15, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

13 Oktober 2009 (Foyer Sekolah Sains Sosial) — 9am-5pm: Public Speaking adalah antara aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang diterapkan dalam kursus di Program Hubungan Antarabangsa (kendalian Pn. Marja Azlima Omar). Sekali lagi SSS dimeriahkan dengan acara Public Speaking bertemakan “Bollywood”. Kumpulan pelajar yang Read the rest of this entry »